5 lelaki diberkas kerana merusuh dekat Fullerton Road
Anggaran Waktu Membaca:
Seorang lelaki yang diberkas. (Gambar fail: Hanidah Amin)
SINGAPURA: Lima lelaki yang berusia antara 16 dengan 21 tahun diberkas kerana disyaki terlibat dalam kes merusuh.
Demikian menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Isnin (26 Sep).
Pihak polis menerima panggilan meminta bantuan sekitar 4.45 pagi pada Sabtu (24 Sep) berhubung pergaduhan yang tercetus berdekatan dengan Fullerton Road.
Seorang mangsa yang berusia 17 tahun ditemui dengan beberapa kesan luka di kepala, lengan, bahu dan lutut kirinya semasa para pegawai polis tiba di tempat kejadian.
"Mangsa dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kemudian kembali sedar. Keadaannya kini stabil," menurut polis.
Para pegawai polis berjaya mengenal pasti identiti kelima-lima lelaki yang terlibat dalam insiden tersebut melalui siasatan susulan dan menerusi kamera polis.
Empat lelaki sudahpun didakwa di mahkamah pada Ahad dengan tuduhan merusuh.
Seorang lagi lelaki diberkas pada Isnin (26 Sep) dan akan didakwa di mahkamah pada Rabu atas tuduhan yang sama.
Jika didapati bersalah kerana merusuh, para pesalah boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan disebat.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.