5 lagi peguam pelatih tipu dalam peperiksaan 2020

Pejabat Peguam Negara. (Gambar fail)
SINGAPURA: Lima lagi peguam pelatih menipu dalam peperiksaan kelayakan pada 2020. Peguam Negara sedang mempertimbangkan permohonan mereka untuk menjadi peguam, kata jurucakap Pejabat Peguam Negara (AGC) pada Selasa (19 April).
Minggu lalu, permohonan enam pelatih lain untuk menjadi peguam telahpun ditangguhkan. Peguam Negara menolak permohonan tersebut kerana mereka didapati menipu dalam peperiksaan pada 2020.
Ia merupakan kali pertama Peguam Negara menolak permohonan untuk menjadi peguam atas sebab bahawa para calon menipu dalam peperiksaan, kata jurucakap AGC kepada Mediacorp.
"Peguam Negara berpandangan bahawa, dalam semua kes di mana para pemohon menipu dalam peperiksaan untuk menjadi peguam, para pemohon tersebut tidak layak dan sesuai untuk diterima sebagai Peguam Bela serta Peguam Cara Mahkamah Agung Singapura pada ketika ini," kata jurucakap AGC itu pada Selasa.
Ini kerana "salah laku mereka menunjukkan bahawa perbuatan mereka itu tidak melambangkan ciri-ciri kejujuran dan kewibawaan yang mesti dimiliki oleh setiap peguam".
Di akhir tempoh penangguhan itu, para pemohon berkenaan akan dikehendaki untuk memfailkan afidavit bagi membuktikan mengapa mereka dianggap "layak dan sesuai" untuk menjadi seorang peguam, tambah jurucakap AGC.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.