Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

5 kes kecurian, rompakan bersenjata di Selat Singapura setakat akhir Feb

Sebanyak lima kes kecurian atau rompakan bersenjata dilaporkan di Selat Singapura tahun ini setakat akhir Februari lalu menurut Pusat Gabungan Maklumat (IFC), yang berkongsi maklumat keselamatan maritim di kalangan negara-negara anggota.

Anggaran Waktu Membaca:
5 kes kecurian, rompakan bersenjata di Selat Singapura setakat akhir Feb

Sebanyak lima kes kecurian atau rompakan bersenjata dilaporkan di Selat Singapura tahun ini setakat akhir Februari lalu menurut Pusat Gabungan Maklumat (IFC).

Diterbitkan : 10 Mar 2021 08:10PM Dikemas Kini : 10 Mar 2021 08:14PM

SINGAPURA: Sebanyak lima kes kecurian atau rompakan bersenjata dilaporkan di Selat Singapura tahun ini setakat akhir Februari lalu menurut Pusat Gabungan Maklumat (IFC), yang berkongsi maklumat keselamatan maritim di kalangan negara-negara anggota.

Lima kejadian itu terdiri daripada 270 "insiden keselamatan maritim" yang dikesan dalam tempoh masa yang sama, membabitkan Lautan Hindi hingga ke Utara Asia, dan utara Australia.

Kes tersebut termasuk memancing secara haram, penyeludupan tanpa membayar sebarang cukai, atau manusia.

Setakat tahun lalu, terdapat 34 kejadian kecurian atau rompakan bersenjata yang berjaya dipatahkan di Selat Singapura, membentuk sebahagian daripada 113 kes serupa di seluruh rantau ini, menurut pusat tersebut.

Secara keseluruhan, 1,919 kes membabitkan keselamatan maritim dilaporkan di rantau ini tahun lalu - sebahagian besarnya melibatkan kejadian maritim lain, termasuk isu kejuruteraan atau kapal karam.

Dalam mengumpulkan maklumat mengenai kejadian sedemikian, IFC juga menyediakan maklumat kepada rakan antarabangsa yang berbeza-beza serta agensi penguatkuasaan untuk melindungi keselamatan maritim.

Buat masa ini, ia mempunyai 100 rangkaian dengan rakan kerjasama di 42 negara.

Perkongsian maklumat itu sebahagiannya dibantu oleh pegawai tentera laut dari negara-negara yang mengambil bahagian, yang dikerahkan ke IFC sebagai Pegawai Hubungan Antarabangsa (ILO).

Sejak ditubuhkan pada 2009, 182 ILO dari 26 negara sudah berkhidmat di IFC. Kini, terdapat 20 ILO dari 20 negara di pusat itu.

Sumber : CNA/NA/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa