Skip to main content

Singapura

5 kereta terlibat dalam nahas berantai di PIE

Lima kereta terlibat dalam satu kemalangan berantai di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) petang tadi (18 Jan), sehingga berlaku kesesakan selama lebih satu jam.

Anggaran Waktu Membaca:
5 kereta terlibat dalam nahas berantai di PIE

Kemalangan yang berlaku di PIE. (Gambar: SG Road Vigilante/田晨夕)

Diterbitkan : 18 Jan 2018 06:39PM Dikemas Kini : 18 Jan 2018 06:41PM

SINGAPURA: Lima kereta terlibat dalam satu kemalangan berantai di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) petang tadi (18 Jan), sehingga berlaku kesesakan selama lebih satu jam.

Mediacorp difahamkan bahawa tiada yang cedera dalam kemalangan itu.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) memberi amaran kepada para pemandu tentang kemalangan itu pada sekitar 4.00 petang. LTA juga mengumumkan kesesakan berlaku di susur keluar Toa Payoh dan memberi amaran kepada para pemandu supaya mengelakkan lorong pertama.

Kira-kira 10 minit kemudian, LTA mengirimkan satu lagi tweet tentang kesesakan yang berlanjutan ke susur keluar CTE.

Kesesakan tidak lagi berlaku sejam kemudian, namun masih ada kesesakan di susur keluar Thomson Road, menurut LTA dalam satu lagi kiriman tweetnya.
 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita