Skip to main content

Singapura

5 isu kesihatan mental yang biasa dialami penduduk SG

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 10 Oct 2024 09:12PM Dikemas Kini : 11 Oct 2024 12:25AM
SINGAPURA: Sedang Singapura terus memberi tumpuan kepada kesihatan mental, berikut beberapa isu kesihatan mental yang biasa dialami penduduk di negara ini.

KEMURUNGAN

Pertama, gangguan kemurungan.
Menurut satu kajian yang dilakukan pada 2016, hampir seorang daripada setiap 15 orang di Singapura mengalami penyakit mental ini.

Individu terjejas mengalami angin kurang baik dan hilang minat dalam aktiviti biasa.

Jika tidak dirawat, ia boleh menimbulkan risiko bunuh diri.

PERUBAHAN ANGIN MELAMPAU

Kedua, penyakit bipolar atau perubahan angin yang melampau.
Pada satu ketika, individu boleh berasa sangat ghairah dan gembira.

Tetapi selepas itu, dia akan rasa murung dan letih.

Hampir dua peratus daripada penduduk dewasa di sini dipercayai mengalami penyakit ini.

GANGGUAN KERESAHAN

Kenal seseorang yang selalu rasa amat cemas dan bimbang?

Mereka mungkin mengalami gangguan keresahan.
Ia tumbuh secara beransur-ansur dan lazimnya bermula dari zaman kanak-kanak.

Perasaan amat khuatir ini berpotensi menjejas kehidupan mereka dan mempengaruhi pilihan yang dibuat.

Ia lazimnya tumbuh secara beransur-ansur dari zaman kanak-kanak lagi.

GANGGUAN OBSESIF KOMPULSIF (OCD)

Individu akan berasa terdorong untuk bertindak secara kompulsif bagi mengurangkan tekanan.

Nafsu ingin melakukan sesuatu tidak akan hilang sehingga membuatkan seseorang itu untuk bertindak mengikut tabiat.
Misalnya, membersihkan secara berlebihan atau berulang kali menyemak sesuatu.

GANGGUAN ALKOHOL

Akhir sekali, gangguan alkohol.
Seseorang itu tidak boleh berhenti minum minuman keras, kerana minuman keras ini dipercayai boleh menangani tekanan.

Ini kerana minuman keras digunakan untuk menangani tekanan.

Menurut kajian, lebih ramai orang di sini mengalami gangguan alkohol, tetapi lebih ramai juga mendapatkan bantuan lebih awal.
Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita