Skip to main content

Singapura

5 individu dikejarkan ke TTSH susuli kemalangan berangkai di PIE

Anggaran Waktu Membaca:
5 individu dikejarkan ke TTSH susuli kemalangan berangkai di PIE

(Gambar: SG Road Vigilante/Facebook)

SINGAPURA: Lima individu dibawa ke hospital selepas berlaku kemalangan berangkai di Ekpreswe Rentas Pulau (PIE), membabitkan beberapa kereta pada awal pagi Sabtu (21 Jan). 

Khidmat kecemasan dimaklumkan sekitar pukul 5.10 pagi Sabtu mengenai kemalangan di PIE menghala ke Tuas selepas jalan susur keluar ke Ekspreswe Central (CTE - Ekspreswe Seletar). 

Nahas itu melibatkan dua kereta, dua teksi, sebuah lori dan satu motosikal, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada petang Sabtu semasa menjawab pertanyaan Mediacorp. 

Lima individu, yang berusia antara 19 hingga 69 tahun, dibawa ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH) dalam keadaan sedar.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia juga dimaklumkan mengenai kebakaran melibatkan sebuah kenderaan di lokasi yang sama dan pada waktu yang sama. Kebakaran itu berjaya dipadamkan menggunakan satu jet air. 

Siasatan polis sedang dijalankan. 

Video yang dirakam oleh seorang pengguna jalan raya dalam sebuah kenderaan yang melalui tempat kejadian, dimuat naik ke Facebook sejurus selepas insiden berkenaan, menunjukkan dua kereta dan sebuah motosikal terlibat dalam kemalangan tersebut. 

Sebuah teksi Trans-Cab juga dilihat dengan bahagian depannya remuk, manakala pasukan bomba berusaha untuk memadamkan kebakaran di bawah sebuah kereta. 

Di seberang jalan, sebuah lori dilihat terjongket di pembahagi jalan raya. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita