5 dikejarkan ke SGH susuli kebakaran flat Bukit Merah
Lima orang dikejarkan ke hospital menyusuli satu kebakaran yang tercetus di sebuah flat HDB di Bukit Merah pada Rabu (30 Mac), menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam satu catatan Facebook.

SCDF memberi respons kepada satu kebakaran di Blok 121 Bukit Merah View pada 30 Mac 2022. (Gambar: SCDF/Facebook)
SINGAPURA: Lima orang dikejarkan ke hospital menyusuli satu kebakaran yang tercetus di sebuah flat HDB di Bukit Merah pada Rabu (30 Mac), menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam satu catatan Facebook.
SCDF memberi respons kepada kebakaran, yang tercetus di tingkat dua Blok 121 Bukit Merah View, sekitar pukul 11.45 pagi.
Setibanya para pegawai kecemasan di tempat kejadian, api kebakaran sudahpun marak ke sebuah ruang yang berfungsi sebagai ruang tamu dan bilik tidur di flat satu bilik tersebut.
SCDF menyatakan para pegawai bomba perlu memakai set alat pernafasan untuk bergerak di dalam unit itu yang diselubungi "asap tebal".
Kebakaran berjaya dipadamkan dengan menggunakan sebuah jet air.
Dua orang daripada unit yang terjejas itu berjaya menyelamatkan diri sebelum SCDF tiba di tempat kejadian, manakala 35 penduduk lain dari blok tersebut dipindahkan kemudian.
Seorang penduduk mengalami kelecuran manakala empat yang lain terhidu asap. Mereka dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH), menurut SCDF.
"Punca kebakaran sedang disiasat," dedah SCDF.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.