Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

5 didakwa guna data peribadi mangsa secara haram; daftar lebih 460 kad SIM prabayar

Anggaran Waktu Membaca:
5 didakwa guna data peribadi mangsa secara haram; daftar  lebih 460 kad SIM prabayar

Gambar hiasan. (Gambar: AFP/Etienne Laurent)

SINGAPURA: Empat lelaki dan seorang wanita didakwa berhubung kes di mana butiran peribadi pelanggan digunakan secara tidak sah untuk mendaftar lebih 460 kad SIM prabayar.

Seorang daripada mereka merupakan penjual telefon bimbit, yang didakwa menggunakan butiran daripada salinan pasport untuk mendaftarkan kad SIM.

Tertuduh merupakan peruncit telefon bimbit ataupun pembantu kedai. Mereka dikenakan pelbagai tuduhan pada Khamis (20 Jan) kerana mendapatkan maklumat peribadi secara haram dan mengubah suai bahan komputer tidak sah.

Menurut kenyataan polis, peruncit telefon bimbit tersebut menyalahgunakan maklumat pendaftaran peribadi pelanggan apabila mangsa memberikan dokumen untuk mendaftar bagi kad SIM prabayar. Suspek kemudian akan menggunakan maklumat itu untuk mendaftar kad SIM prabayar tambahan di bawah Singtel, M1 dan StarHub, menurut kenyataan polis.

Di bawah undang-undang, setiap pelanggan boleh mendaftar sehingga tiga kad prabayar dalam satu-satu masa.

Empat lelaki yang dikenakan antara empat hingga enam tuduhan adalah warga Bangladesh, Ershad Uddin Majumder, 38 tahun dan tiga warga Singapura, Glenn Ng Rong Zhen, 23 tahun ; Lee Zu Sheng, 27 tahun ; dan Arepu, 40 tahun.

Wanita yang didakwa adalah warga Myanmar, Thin Thiri Aung, 38 tahun atau lebih dikenali sebagai Thida Aung. Dia dikenakan sembilan tuduhan.

Arepu yang juga dikenali sebagai Su Shi Rong, dituduh menyimpan maklumat peribadi 37 orang dalam bentuk salinan pasport atau nombor permit kerja antara Jan 2020 dengan Ogos 2020.

Dia juga menjalankan kegiatan pemindahan wang tanpa lesen ke Myanmar di Peninsula plaza antara 2012 hingga Jan 2020.

Polis menyatakan ia memandang serius salah guna data peribadi orang ramai untuk mendaftar kad SIM prabayar secara tidak sah kerana penjenayah mungkin menggunakan kad tersebut sebagai saluran hubungan rahsia bagi kegiatan seperti pemberian pinjaman tidak berlesen, penipuan, serta kegiatan haram lain.

Polis menasihatkan orang ramai menghindari daripada membeli kad SIM prabayar yang sudah berdaftar dan pastikan dokumen peribadi tidak hilang dari penglihatan ketika mendaftar ketika membeli kad SIM prabayar untuk hindari daripada disalah guna.

Sesiapa didapati bersalah mendapatkan maklumat peribadi secara haram boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, denda tidak lebih S$10,000, atau kedua-duanya sekali.

Kesalahan mengubah suai bahan komputer tidak sah membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda tidak melebihi S$10,000, atau kedua-duanya sekali.
 

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan