Skip to main content

Singapura

5 diberkas merusuh dengan senjata berbahaya, 1 ditangkap bersembunyi

Lima lelaki diberkas kerana disyaki terlibat dalam satu kes rusuhan dengan senjata berbahaya, kata polis pada Ahad (20 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
5 diberkas merusuh dengan senjata berbahaya, 1 ditangkap bersembunyi

(Gambar: Facebook/Navin Kumar)

Diterbitkan : 20 Dec 2020 09:49PM Dikemas Kini : 20 Dec 2020 09:51PM

SINGAPURA: Lima lelaki diberkas kerana disyaki terlibat dalam satu kes rusuhan dengan senjata berbahaya, kata polis pada Ahad (20 Dis).

Menurut polis, pihaknya dimaklumkan tentang pergaduhan antara dua kumpulan di Eu Tong Sen Street pada sekitar 10.40 malam pada Sabtu.

Apabila para pegawai tiba di tempat kejadian, mereka menemui dan membantu dua orang yang cedera. Seorang wanita 27 tahun dan seorang teman lelakinya berusia 36 tahun dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH) dalam keadaan sedar.

Semasa siasatan dijalankan di tempat kejadian, para pegawai menangkap seorang lelaki 40 tahun dekat Carpenter Street kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan itu.

"Dia ditemui bersembunyi di sudut gelap di lorong belakang dengan kecederaan," kata polis, sambil menambah lelaki itu juga dalam keadaan sedar apabila dihantar ke SGH.

Para pegawai dari Divisyen Tengah Polis dan Jabatan Siasatan Jenayah mengenal pasti identiti beberapa penyerang yang terlibat dalam pergaduhan itu.

Empat lelaki, berusia antara 21 dengan 34 tahun, kemudian ditangkap.

"Operasi sedang dijalankan untuk memburu dan menangkap suspek-suspek lain yang terlibat dalam kes itu," kata pihak polis.

Menurut siasatan awal, pergaduhan antara dua kumpulan itu berpunca daripada pertikaian di sebuah restoran berdekatan.

Siasatan sedang diteruskan.

Dalam satu video kelihatan seperti rakaman kejadian itu dekat Clarke Quay di anjakan ke arah sebuah jabanah, beberapa orang kelihatan menjerit antara satu sama lain dan pergelutan kemudian tercetus.

Dalam video yang tular di media sosial itu, para pegawai polis juga dilihat sedang membantu seseorang yang kelihatan cedera.

Sesiapa yang didapati bersalah kerana merusuh dengan senjata membahayakan nyawa boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan disebat.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita