Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

5 diberkas kerana merusuh; bergaduh di luar Cherry Discotheque

Anggaran Waktu Membaca:
5 diberkas kerana merusuh; bergaduh di luar Cherry Discotheque

Gambar: Facebook/Hebe Duanphen Lim

SINGAPURA: Lima individu diberkas kerana merusuh selepas pergaduhan tercetus di Cecil Street pada hujung minggu lalu, menurut polis pada Selasa (10 Mei).

Polis dimaklumkan mengenai kejadian di 133 Cecil Street, iaitu alamat bagi kelab hiburan malam popular Cherry Discotheque, sekitar 1.40 pagi pada Sabtu.

Kelima-lima lelaki yang diberkas itu berusia antara 20 hingga 59 tahun. Dua lelaki berusia 21 dan 30 tahun dibawa ke hospital dalam keadaan sedar.

Siasatan masih dijalankan, menurut polis.

Rakaman pergaduhan itu yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Hebe Duanphen Lim, tular di media sosial.

Video itu menunjukkan sekumpulan lelaki membaling tiang barisan beratur dan kerusi ke arah orang lain di pintu masuk pusat hiburan tersebut. Seorang lelaki turut dilihat sedang bergelut dengan seorang lagi lelaki.

Catatan Facebook itu mendakwa kira-kira lapan hingga 10 orang tidak dibenarkan untuk memasuki semula pusat hiburan itu kerana mereka "mabuk dan membuat kacau".

Pengguna Facebook itu menambah bahawa kumpulan tersebut mula memukul pengawal keselamatan dan kakitangan pusat hiburan itu walaupun selepas diberikan bayaran balik bagi pembelian minuman mereka.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan