Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

5 CDC kumpul S$660,000 bantu 12,000 pelajar kurang mampu; Grab S'pore hulur baucar makanan semasa 'circuit breaker'

Para murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah dari keluarga berpendapatan rendah di bawah Skim Sewa Awam akan menerima baucar GrabFood bagi membantu mereka menampung perbelanjaan makan minum ketika menjalani pembelajaran di rumah (HBL).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Para murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah dari keluarga berpendapatan rendah di bawah Skim Sewa Awam akan menerima baucar GrabFood bagi membantu mereka menampung perbelanjaan makan minum ketika menjalani pembelajaran di rumah (HBL).

Ini dilakukan menerusi satu inisiatif baru "CDC Student Meals" yang dilancarkan pada Selasa (14 Apr) oleh kelima-lima Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) dengan kerjasama Grab Singapore serta sumbangan daripada seorang dermawan.

Inisiatif tersebut dilancarkan selepas menerima maklum balas daripada pihak sekolah dan rakan-rakan sekolah yang prihatin terhadap kebajikan para pelajar yang tinggal di flat-flat sewa.

Inisiatif oleh kelima-lima CDC dan Grab Singapore itu juga dilancarkan menyusuli pengumuman oleh Kementerian Pendidikan (MOE) pada Isnin (13 Apr) yang memperluaskan subsidi bagi para pelajar di bawah skim bantuan kewangan semasa tempoh pembelajaran di rumah.

Menurut Persatuan Rakyat (PA), dana bernilai S$660,000 yang dikumpul oleh kelima-lima CDC di Singapura akan disalurkan kepada skim tersebut yang dijangka akan memanfaatkan 12,000 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

Para pelajar yang layak akan diberikan 11 e-baucar CDC-Grab bernilai S$5 setiap satu, yang berjumlah S$55 secara keseluruhannya.

E-baucar berkenaan boleh digunakan sehingga 31 Mei.

Para pelajar hanya perlu mendaftar diri untuk akaun Grab dan memuat turun aplikasi Grab untuk menggunakan baucar tersebut.

Pendaftaran bagi Skim 'CDC Student Meals' dibuka sehingga 27 April dan ia boleh dilakukan menerusi emel kepada CDC masing-masing.

Berikut adalah senarai CDC dengan alamat emel masing-masing:

CDC Tengah S'pura (cdcmeals_centralsg [at] pa.gov.sg)
CDC Timur Laut (cdcmeals_northeast [at] pa.gov.sg)
CDC Barat Laut (cdcmeals_northwest [at] pa.gov.sg)
CDC Tenggara (cdcmeals_southeast [at] pa.gov.sg)
CDC Barat Daya (cdcmeals_southwest [at] pa.gov.sg)

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan