5 anak kapal cedera selepas keadaan bergelora paksa penerbangan British Airways patah balik ke SG
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Flightradar24)
SINGAPURA: Lima anak kapal cedera selepas penerbangan British Airway (BA) menuju ke London terpaksa berpatah balik ke Singapura pada Jumaat (16 Jun) disebabkan keadaan udara bergelora yang teruk.
Penerbangan BA12 itu berlepas dari Lapangan Terbang Changi pada kira-kira 11.20 malam pada Khamis. Menurut FlightRadar24, yang mengesan penerbangan seluruh dunia, pesawat itu berada di ruang udara dekat Teluk Benggala apabila ia terpaksa berpatah balik ke Singapura.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, BA menyatakan penerbangan itu mengalami "keadaan udara bergelora teruk yang jarang berlaku" dan ia terpaksa berpatah balik ke Singapura sebagai langkah berjaga-jaga.
Syarikat itu bagaimanapun tidak menjelaskan kecederaan yang dialami anak kapal tersebut.
"Kami memohon maaf kepada penumpang dan menawarkan penginapan di hotel serta maklumat tentang hak mereka sebagai pelanggan," kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.
"Kami sedang membantu mereka mendapatkan tempat dalam penerbangan lain di syarikat kami dan syarikat penerbangan lain."
Kebanyakan anak kapal dalam penerbangan itu sudah pulang ke London manakala sebuah pasukan dihantar ke Singapura untuk membantu memberi sokongan perubatan.
BA menyatakan kejadian seperti itu jarang berlaku, namun sebagai langkah keselamatan, penumpang harus selalu menggunakan tali pinggang keledar ketika sedang duduk.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.