5,000 keluarga Toa Payoh terima habuan sempena sambutan Krismas
Sambutan Krismas datang awal bagi 5,000 keluarga di Toa Payoh. Keluarga-keluarga memerlukan dan murid-murid tadika di kawasan tersebut menerima pek-pek hadiah yang dihulurkan Gereja Methodist Toa Payoh.
SINGAPURA: Sambutan Krismas datang awal bagi 5,000 keluarga di Toa Payoh.
Keluarga-keluarga memerlukan dan murid-murid tadika di kawasan tersebut menerima pek-pek hadiah yang dihulurkan Gereja Methodist Toa Payoh.
Semasa acara tersebut pagi tadi (19 Dis), Presiden Halimah Yacob tampil untuk menyampaikan baucar-baucar kedai buku dan barangan menjaga kesihatan kepada 14 pelajar yang menerima dermasiswa dari dua Kelab Masyarakat Toa Payoh.
"Sejak lima tahun lalu, gereja tersebut bekerja dengan Toa Payoh Central CC untuk memberi kebahagian dan keceriaan kepada para penduduk semua bangsa dan agama dalam masyarakat Toa Payoh.
"Saya gembira bahawa tahun ini gereja itu akan membahagikan pek-pek hadiah ke kesemua flat sewa di Toa Payoh dan juga kepada para penduduk di Rumah Tumpangan Kanak-Kanak Methodist Chen Su Lan, Marymount Centre dan kanak-kanak di Tadika PCF Toa Payoh. Terima kasih kepada TPMC, Toa Payoh Central CC and Toa Payoh East CC di atas usaha anda menyokong masyarakat tahun ini," tulis Presiden Halimah di laman Facebook beliau kemudian.
Hadiah-hadiah tersebut mengandungi barangan seperti sapuan alkohol, perhiasan Krismas dan buku kegiatan.
Presiden Halimah ditemani Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen dan Anggota Parlimen Saktiandi Supaat semasa menjayakan acara itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.