4PM kutip $120,000 untuk perhebat program-program belia
Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu Singapura (4PM) berjaya mencapai sasaran kutipan sebanyak $120,000 di acara golf amalnya hari ini yang menarik sekitar 120 peserta. Derma yang terkumpul itu akan disalurkan kepada program-program belia di bawah kelolaan 4PM.
SINGAPURA: Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu Singapura (4PM) berjaya mencapai sasaran kutipan sebanyak $120,000 di acara golf amalnya hari ini yang menarik sekitar 120 peserta.
Derma yang terkumpul itu akan disalurkan kepada program-program belia di bawah kelolaan 4PM.
Sejak sedekad lalu, 4PM telah mendekati dan menyokong lebih 30,000 belia menerusi pelbagai programnya.
Antara yang terbaru adalah program FRENZ, yang membimbing para belia yang berisiko tercicir dari sekolah.
Naib Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Encik Nassa Mohamad Zain berkata: “Bagi dana yang dikumpulkan itu, kami akan mempertingkatkan dan memperbaharui program-program yang sedia ada untuk menjamin keupayaan kita sebagai sebuah organisasi yang mantap.”
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.