Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

49 kes tingkap terjatuh berlaku sepanjang 11 bulan pertama 2020

Terdapat 49 kes tingkap jatuh dicatatkan di merata Singapura antara Januari dengan November tahun ini. Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menyatakan demikian dalam satu kenyataan media bersama hari ini (11 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
49 kes tingkap terjatuh berlaku sepanjang 11 bulan pertama 2020

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 11 Dec 2020 08:13PM Dikemas Kini : 11 Dec 2020 08:14PM

SINGAPURA: Terdapat 49 kes tingkap jatuh dicatatkan di merata Singapura antara Januari dengan November tahun ini. Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menyatakan demikian dalam satu kenyataan media bersama hari ini (11 Dis).

32 daripada kes itu melibatkan tingkap berbingkai atau tingkap dengan satu bahagian dipasang pada sebuah bingkai.

16 kes melibatkan tingkap gelongsor sementara satu kes melibatkan anak tingkap atau tingkap yang mempunyai panel mendatar.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kesemua kejadian itu, menurut kedua-dua agensi berkenaan.

Jumlah kes yang dilaporkan sepanjang 11 bulan pertama tahun ini tidak jauh berbeza daripada 51 kejadian yang dilaporkan sepanjang tahun 2019.

"Sepanjang beberapa tahun lalu, jumlah kes tingkap terjatuh setiap tahun kekal pada sekitar 50 kes. Walaupun tidak ada peningkatan dalam jumlah, jumlah itu pula tidak berkurangan," kata pengarah jabatan kejuruteraan dan teknologi muka bangunan dari BCA, Lee Chee Weye.

BCA menyatakan bahawa punca utama tingkap berbingkai terjatuh termasuk pengakisan pada pasak aluminium dalam bingkai tingkap. "Pengakisan menjejas kekuatan pasak itu, menyebabkannya sukar untuk menahan panel tingkap berbingkai daripada terjatuh," menurut agensi itu.

Sejak 2004, satu arahan pemasangan semula oleh BCA memerlukan para pemilik rumah untuk menggantikan kesemua pasak aluminium di tingkap berbingkai kepada pasak yang diperbuat daripada keluli tahan karat.

Dalam kes-kes tingkap gelongsor yang terjatuh, siasatan mendapati bahawa terdapat kurang penahan keselamatan yang betul dan jalur sudut dipasang bagi memastikan panel-panel kekal pada landasan.

"Panel tingkap gelongsor yang tidak dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan demikian mudah tercabut dan terjatuh apabila para pemilik rumah menggunakan kekuatan berlebihan ketika membuka atau menutup tingkap," tambah BCA.

Para pemilik rumah boleh dikenakan denda sehingga S$5,000 dan/atau hukuman penjara sehingga enam bulan jika gagal menukar kesemua pasak aluminium di tingkap berbingkai kepada pasak yang diperbuat daripada keluli tahan karat.

Dalam kes tingkap yang jatuh kerana kurang penyelenggaraan, para pemilik rumah boleh dikenakan denda sehingga S$10,000 dan/atau hukuman penjara sehingga setahun.

Sejak 2006, 378 orang didenda dan 92 orang didakwa membabitkan kes tingkap terjatuh, menurut kedua-dua agensi itu lagi.

"Risiko berlaku kecederaan akibat tingkap yang terjatuh adalah tinggi dan ini bukan perkara yang kecil," menurut kedua-dua agensi itu sambil menambah bahawa para pemilik dan penghuni rumah harus memeriksa dan menyelenggara tingkap mereka secara kerap.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan