Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

49 kes rompakan bersenjata atas kapal dilapor di Selat S'pura; tertinggi dalam 6 tahun

Jumlah kes rompakan bersenjata atas kapal yang berlaku di Selat Singapura meningkat pada tahun lalu berbanding tahun sebelumnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Jan 2022 06:53PM Dikemas Kini : 18 Jan 2022 09:54PM

SINGAPURA: Jumlah kes rompakan bersenjata atas kapal yang berlaku di Selat Singapura meningkat pada tahun lalu berbanding tahun sebelumnya.

Sejumlah 49 kes yang dilaporkan di perairan itu adalah yang tertinggi dalam tempoh enam tahun.

Malah, ia juga membentuk lebih separuh daripada 82 kes berkenaan yang dilaporkan di Asia.

Menurut pusat perkongsian maklumat maritim ReCAAP, tiada sebarang kes serius dilaporkan seperti penculikan atau pembunuhan anak kapal.

Hampir 70 peratus kes yang berlaku di Selat Singapura adalah jenis kategori empat iaitu paling kurang serius.

Misalnya, kecurian barangan kecil dilakukan tanpa bertemu muka dengan kru kapal.

Jumlah keseluruhan insiden di perairan Asia juga merosot sepanjang tempoh yang sama, dengan tiada sebarang insiden lanun dilaporkan.

Sungguhpun demikian, ReCAAP menggesa agar lebih berhati-hati semasa di perairan serantau.

Ia juga berharap agar pihak berkuasa negara-negara pesisir termasuk Indonesia, Malaysia dan Singapura akan melaksanakan langkah-langkah pencegahan.

Sumber : CNA/AI/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan