Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

49 insiden lanun, rompakan bersenjata dilaporkan di Asia antara Jan-Mei

Sebanyak 49 kejadian lanun dan rompakan bersenjata berlaku di atas kapal-kapal di Asia dalam lima bulan pertama tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
49 insiden lanun, rompakan bersenjata dilaporkan di Asia antara Jan-Mei

Gambar fail perairan Singapura (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 10 Jun 2020 06:15PM Dikemas Kini : 10 Jun 2020 06:18PM

SINGAPURA: Sebanyak 49 kejadian lanun dan rompakan bersenjata berlaku di atas kapal-kapal di Asia dalam lima bulan pertama tahun ini.

Jumlah itu yang tertinggi dilaporkan berbanding tempoh yang sama sepanjang empat tahun lalu.

Di Selat Singapura, insiden-insiden lanun dan rompakan bersenjata ke atas kapal-kapal juga meningkat.

Menurut Pusat Pengongsian Maklumat di bawah perjanjian kerjasama serantau bagi menangani kegiatan lanun dan rompakan bersenjata, terdapat 15 insiden di Singapura antara Januari hingga Mei tahun ini.

Ini berbanding tujuh kejadian dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Sumber : CNA/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan