Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4,832 kes baru COVID-19 dilaporkan di S'pura; tiada kematian

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 4,832 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Rabu (26 Jan), termasuk 272 kes import.

Tiada kes kematian dilaporkan.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 26 Jan: 4,832

Kes baru tempatan: 4,560
Kes import: 272

Jumlah kes baru Protokol 2: 2,996. Ini terdiri daripada 13 kes import dan 2,983 jangkitan tempatan.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 1,836 kes disahkan menerusi ujian PCR -  1,577 adalah jangkitan tempatan manakala 259 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini: 327,602 sejak pandemik bermula

KEMATIAN

Kes kematian pada 25 Jan: 0
Jumlah kematian sejauh ini: 850

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 2.50, merosot berbanding 2.68 pada Selasa (25 Jan).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 masih meningkat.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 580 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 509 semalam.

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 44
Dipantau rapi di ICU: 11

Seramai 2,948 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Selasa, 91 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka di bawah program vaksinasi nasional.

Perangkaan itu dikemas kini termasuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun selepas kumpulan usia itu mula divaksin pada 27 Dis.

Lengkap divaksin 2 dos: 88 peratus
Baru menerima satu dos: 91 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 56 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan