Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

480 warga baharu SG terima sijil kerakyatan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 13 Aug 2023 06:34PM Dikemas Kini : 13 Aug 2023 11:51PM
SINGAPURA: Sekitar 480 penduduk GRC Chua Chu Kang dan Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Hong Kah North sah menjadi warga baharu Singapura pada Ahad (13 Ogos).

Mereka menerima sijil kerakyatan masing-masing daripada Anggota Parlimen GRC tersebut, yang termasuk Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong dan Menteri Negara Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Low Yen Ling.

Warga-warga baharu tersebut kemudian menyanyikan Lagu Kebangsaan dan melafazkan Ikrar Negara buat pertama kalinya selaku rakyat Singapura.

Encik Gan berkata, warga baharu membawa bersama mereka idea-idea dan kemahiran serta rangkaian baharu.

Beliau menggesa mereka supaya aktif menyumbang kepada masyarakat.
Sumber : CNA/NY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan