48 masjid, 4 madrasah terjejas insiden keselamatan siber; tiada wang tebusan dibayar: MUIS
Tiada wang tebusan dibayar menyusuli insiden keselamatan siber melibatkan penyedia sofwe Avelogic, menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) pada Khamis (17 Sep).
- MUIS said on Sep 17 that no ransom was paid following a cyber security incident involving Avelogic, which affected payroll and human resource systems.
- The impact of the incident involved 48 mosques, four madrasahs, Hab Pembelajaran Islam and the Pejabat Pengurusan dan Perkhidmatan Bersama Masjid-Madrasah-Wakaf in Singapore.
- A police report was made, Avelogic restored the affected data and engaged an independent cyber security expert, while investigations and security checks are still ongoing.
- MUIS implemented alternative arrangements to ensure salaries were paid on time, with no disruption to religious activities or public services so far.
- MUIS menyatakan pada 17 Sep bahawa tiada wang tebusan dibayar selepas insiden keselamatan siber melibatkan Avelogic, yang menjejas sistem gaji dan sumber manusia.
- Kesan insiden itu melibatkan 48 masjid, empat madrasah, Hab Pembelajaran Islam serta Pejabat Pengurusan dan Perkhidmatan Bersama Masjid-Madrasah-Wakaf di Singapura.
- Aduan polis dibuat, Avelogic memulihkan data terjejas dan mendapatkan pakar keselamatan siber bebas, sementara siasatan serta pemeriksaan keselamatan masih berjalan.
- MUIS melaksanakan aturan alternatif supaya gaji dibayar tepat waktu, dengan tiada gangguan kepada khidmat keagamaan atau perkhidmatan awam setakat ini.
SINGAPURA: Tiada wang tebusan dibayar menyusuli insiden keselamatan siber melibatkan penyedia sofwe Avelogic, menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) pada Khamis (17 Sep).
Insiden tersebut menjejas 48 masjid, empat madrasah, Hab Pembelajaran Islam dan Pejabat Pengurusan serta Perkhidmatan Bersama Masjid-Madrasah-Wakaf, menurut MUIS.
Selain itu, MUIS menyatakan pihaknya telah mengambil langkah pembayaran gaji alternatif bagi memastikan kebajikan kakitangan tidak terjejas
MUIS menegaskan bahawa pekerja organisasi yang terlibat akan terus menerima gaji mereka mengikut jadual.
Pada masa yang sama, tiada gangguan terhadap perkhidmatan keagamaan atau perkhidmatan kepada orang awam dilaporkan setakat ini.
Insiden tersebut menjejas sistem gaji dan sumber manusia Avelogic serta para pelanggannya dalam pelbagai sektor.
Aduan polis sudah dibuat dan Avelogic sedang meneruskan siasatan terhadap insiden berkenaan serta kesannya secara lebih meluas, menurut MUIS.
MUIS menambah bahawa pihaknya “prihatin” terhadap kesan insiden itu ke atas pertubuhan dan para pekerja yang terjejas. Ia juga sedang bekerjasama dengan pihak-pihak berkenaan bagi memastikan gaji terus dibayar tepat pada waktunya.
“Aturan alternatif bagi pembayaran gaji sudah dilaksanakan dan tiada gangguan dialami bagi khidmat keagamaan atau perkhidmatan kepada orang ramai,” menurut MUIS.
Avelogic sejak itu sudah memulihkan data yang terjejas dan mendapatkan khidmat pakar keselamatan siber bebas untuk menyiasat insiden tersebut.
Berdasarkan siasatan setakat ini, tiada bukti yang menunjukkan bahawa sejumlah besar data diperoleh daripada sistem tersebut, menurut MUIS. Data yang disimpan dalam sistem yang terjejas juga dirahsiakan sebagai lapisan perlindungan tambahan.
Siasatan dan pemeriksaan keselamatan masih dijalankan dan sistem tersebut hanya akan kembali beroperasi selepas langkah-langkah perlindungan serta pemeriksaan berkaitan selesai dilaksanakan.
“MUIS akan terus menyokong pertubuhan sektor masyarakat yang terjejas bagi memastikan fungsi penting sumber manusia dan gaji dapat diteruskan tanpa gangguan,” menurut MUIS.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.