47% pengguna AI generatif di SG adalah wanita, lebih tinggi berbanding purata global
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Peratusan wanita yang memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) di negara ini, lebih tinggi berbanding wanita di negara lain.
Menurut data syarikat sofwe Similarweb, 47 peratus pengguna AI generatif di sini adalah wanita.
Ia lebih tinggi berbanding purata global iaitu 43 peratus.
Meskipun terdapat beberapa skim untuk menggalakkan penggunaan AI di kalangan pelajar sekolah dan masyarakat awam, beberapa Anggota Parlimen (AP) ingin tahu sama ada terdapat kumpulan penduduk yang ketinggalan.
"Pertama ialah sama ada, dalam program 'Code for Fun', perhatian diberikan kepada kumpulan tertentu, yang mungkin didapati secara amnya lebih keberatan atau sedikit takut untuk mengetengahkan, menyentuh isu-isu, dan sama ada skim demikian menjejak data pengguna atau peserta, bukan sahaja dari segi jantina, tetapi kumpulan usia dan juga latar belakang sosioekonomi," kata AP GRC Sengkang, He Ting Ru.
"Ini adalah sesuatu yang saya perlu kaji, tetapi ia sesuatu yang kami sedar, bahawa ada kumpulan tertentu yang mungkin tidak begitu terbuka atau mungkin ingin menggunakan sumber-sumber ini,
dan kami akan meneruskan usaha kami untuk berbuat demikian," kata Menteri Negara Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI), Rahayu Mahzam.

Sumber : CNA/NY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.