46,000 rekod tempahan SIA diakses dalam insiden kebocoran data libatkan penyedia sofwe Amadeus
Anggaran Waktu Membaca:
Pesawat Singapore Airlines (SIA) di Lapangan Terbang Changi pada 8 Disember 2020. (Gambar fail: REUTERS/Edgar Su)
46,000 SIA booking records accessed in data breach involving software provider Amadeus
- SIA reported on Nov 3 that a third party had accessed about 46,000 customer booking records stored on Amadeus’ platform. The software provider supports some of the airline’s booking processes.
- The records contained names, booking references, itineraries and booking classes. For about 620 customers, email addresses, phone numbers, travel document details and KrisFlyer numbers may also have been exposed.
- SIA said its own IT systems had not been breached, no bank or credit card information was involved, and no bookings had been changed. Amadeus has contained the incident and strengthened its protections.
- SIA contacted customers with upcoming travel to change their booking references, informed the authorities and apologised. Cathay Pacific, Malaysia Airlines, Asiana Airlines and Japan Airlines also reported being affected by the incident.
- SIA melaporkan pada 3 November bahawa pihak ketiga mengakses sekitar 46,000 rekod tempahan pelanggan yang disimpan di platform Amadeus, penyedia perisian yang menyokong sebahagian proses tempahan syarikat itu.
- Rekod terlibat mengandungi nama, nombor rujukan, jadual perjalanan dan kelas tempahan; bagi kira-kira 620 pelanggan, alamat e-mel, telefon, butiran dokumen perjalanan serta nombor KrisFlyer mungkin turut terdedah.
- SIA menyatakan sistem IT sendiri tidak dicerobohi, tiada maklumat bank atau kad kredit terlibat dan tiada tempahan diubah; Amadeus telah membendung insiden serta memperkukuh perlindungan.
- SIA menghubungi pelanggan dengan perjalanan akan datang untuk menukar nombor rujukan, memaklumkan pihak berkuasa dan memohon maaf; Cathay Pacific, Malaysia Airlines, Asiana Airlines dan Japan Airlines turut melaporkan kesan insiden itu.
SINGAPURA: Data yang ada kaitan dengan sekitar 46,000 rekod tempahan Singapore Airlines (SIA) diakses dalam insiden kebocoran data yang melibatkan penyedia sofwe Amadeus.
SIA dalam kenyataan media pada Selasa (3 Nov) menyatakan data yang diakses termasuk nama pelanggan, nombor rujukan tempahan, jadual perjalanan dan kelas tempahan.
Bagi sekitar 620 rekod tempahan, maklumat lain termasuk alamat emel, nombor telefon, butiran dokumen perjalanan dan nombor keanggotaan KrisFlyer mungkin turut diakses.
Insiden itu melibatkan akses tanpa kebenaran oleh pihak ketiga terhadap data pelanggan yang disimpan di platform Amadeus, yang menyokong sebahagian proses tempahan SIA.
SIA menegaskan sistem IT syarikat penerbangan itu sendiri tidak dicerobohi.
Amadeus sudah melaksanakan langkah untuk membendung insiden tersebut serta memperkenalkan perlindungan keselamatan tambahan.
Menurut SIA, Amadeus mengesahkan bahawa data yang terdedah tidak termasuk maklumat akaun bank atau kad kredit dan tiada tempahan diubah akibat akses tanpa kebenaran itu.
Sebagai langkah berjaga-jaga, SIA sedang menghubungi pelanggan terjejas yang mempunyai perjalanan akan datang untuk menukar nombor rujukan tempahan mereka.
SIA turut memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa berkaitan dan memohon maaf kepada para pelanggan yang terjejas atas sebarang kesulitan.
“Perlindungan data peribadi pelanggan kami amat penting bagi SIA,” menurut syarikat penerbangan itu.
Beberapa syarikat penerbangan lain turut mendedahkan bahawa mereka terjejas akibat insiden Amadeus sejak beberapa hari lalu, termasuk Cathay Pacific Airways, Malaysia Airlines, Asiana Airlines dari Korea Selatan dan Japan Airlines.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.