46 sekolah bakal dapat pengetua baharu pada 2025
SINGAPURA: Empat puluh enam sekolah akan menerima pengetua baharu tahun depan sebagai sebahagian daripada pelantikan dan latihan pusingan kerja Kementerian Pendidikan (MOE).
Daripada jumlah itu, 22 adalah sekolah menengah dan 24 sekolah rendah.
"Proses pelantikan dan pusingan kerja pengetua membolehkan sekolah-sekolah meraih manfaat daripada perspektif baharu, dan mengupaya para pengetua berpengalaman untuk berkongsi amalan-amalan terbaik di sekolah-sekolah," menurut MOE dalam satu kenyataan media pada Rabu (9 Okt).
"Para pengetua kami akan mendapat peluang untuk memperluas pengalaman mereka dan memperkukuh kerja-kerja dan usaha sekolah-sekolah di mana mereka dihantar untuk memimpin."
Para pengetua itu akan dilantik dalam satu majlis pada 27 Disember, dengan 22 daripadanya bakal memimpin sebuah sekolah buat pertama kali.
"Bagi 22 pengetua baharu yang dilantik, ini detik penting dalam kerjaya sedang mereka memikul tanggungjawab lebih besar sebagai ketua dalam pendidikan," menurut MOE.
"Bagi baki 24 pendidik yang akan menyandang jawatan pengetua, ini pengesahan keyakinan MOE kepada keupayaan mereka untuk terus memimpin dan memberi panduan kepada para guru kita, kakitangan dan para pelajar di sekolah."
Pengetua baharu itu ialah:
Sekolah menengah
Sekolah rendah
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.