Skip to main content

Singapura

45,000 paket kurma 'Date Your Loved Ones Today' diagihkan, sebar mesej antidadah

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebanyak 45,000 paket kurma diagihkan kepada orang ramai di serata negara pada Ahad (23 Mac) yang membawa mesej 'Date Your Loved Ones Today', atau 'temuilah orang-orang tersayang hari ini'.

Jumlah itu meningkat lebih lima kali ganda sejak ia pertama kali diadakan 7 tahun lalu.

Ia sebahagian daripada kempen 'Dadah itu Haram' yang ingin menggalak keluarga-keluarga supaya merapatkan lagi ikatan mereka sempena bulan Ramadan.
Related article image
Dr Muhammad Faishla Ibrahim memberi paket kurma kepada para pengunjung di kawasan Kampong Gelam (Gambar: Iqbal Mohamed)
Turut sama menyingsing lengan dalam mengagihkan kurma-kurma itu kepada orang ramai ialah Menteri Negara Pembangunan Negara (MND) merangkap Ehwal Dalam Negeri (MHA), Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Dr Faishal berkata: "Apabila kita mulakan inisiatif ini pada 2018, kita hanya mengedarkan 8,000 paket kurma kepada mereka yang kunjungi bazar di Geylang Serai dan Kampong Gelam. Tahun ini, lebih daripada 45,000 paket yang diedarkan kepada pelbagai pihak berkepentingan. Tahun ini kita juga ada pihak madrasah yang tampil memainkan peranan."

"Tahun demi tahun, kita melihat bagaimana inisiatif ini memperkasakan masyarakat di mana kita tidak perlu lagi berikan panduan, mereka sudah tahu ini adalah inisiatif antidadah dan mereka tahu bahawa dadah itu haram dan tahu inisiatif ini sesuatu yang baik yang dilakukan pada bulan Ramadan," tambah beliau lagi.
Related article image
Dr Muhammad Faishal Ibrahim mengagihkan kurma kepada para pengunjung di kawasan Kampong Gelam (Gambar: Iqbal Mohamed)
Inisiatif itu juga dijayakan oleh sekitar 50 relawan kempen tersebut termasuk para penghuni Rumah Peralihan Pertapis dan daripada badan-badan tidak meraih keuntungan.

"Ini satu inisiatif baik dan saya gembira ramai relawan yang turun padang, tahun ini lebih 50 relawan berbanding tahun-tahun lepas, mungkin 20 dan ini sesuatu yang baik di mana semua mahu memainkan peranan termasuk mereka yang telah bebas dadah sejak beberapa tahun lalu dan mereka mahu menjaga kemaslahatan ahli keluarga mereka dan rakan-rakan mereka," kata Dr Faishal.

Selain kurma, Dr Faishal dan para relawan juga mengagihkan bubur kepada para jemaah di Masjid Sultan selepas solat asar dan nasi beriani amal di Islamic Restaurant.
Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita