4,500 belia, pelajar dewasa peroleh akses kepada bahan AI hasil kerjasama syarikat IBM, RP & SP
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sekitar 4,500 belia dan pelajar dewasa mendapat dorongan dalam pendidikan kecerdasan buatan (AI) hasil kerjasama antara syarikat IBM dengan dua politeknik tempatan.
Di bawah kerjasama itu, pelajar Politeknik Singapura dan Politeknik Republic akan mempunyai akses kepada bahan-bahan pembelajaran AI syarikat teknologi itu.
Sekumpulan orang dewasa kurang berkemampuan juga akan dapat meraih manfaat daripada program tersebut.
Bahan-bahan pembelajaran IBM akan disepadukan ke dalam kurikulum pelajar bagi menyokong kerja kursus AI dan teknologi mereka.
Para guru berkata mempersiapkan pelajar dalam bidang AI amat mencabar memandangkan teknologi itu pantas berubah.
Namun dengan kerjasama tersebut, ia akan membantu mempersiap lulusan untuk pekerjaan dalam bidang AI.
Mengulas lanjut mengenai antara kelebihan kerjasama tersebut, Timbalan Pengetua, Politeknik Singapura, Loh Yew Chiong berkata: "Dengan menyepadukan bahan industri yang relevan ke dalam kursus-kursus, para pensyarah boleh segera menggunakan sebahagian bahan untuk mengajar.
"Sudah tentunya bagi pelajar, apabila mereka ada akses kepada bahan industri sedemikian, ia boleh meningkatkan tahap kemahiran mereka ke tahap yang diperlukan industri."
Bercakap di satu acara mengenai tenaga kerja masa depan dalam era AI, Menteri Negara Penerangan dan Pembangunan Digital Rahayu Mahzam berkata AI boleh meningkatkan daya penghasilan perniagaan dan kesesuaiannya, jika diamalkan dengan cara berkesan.
Cik Rahayu berkata usaha harus tertumpu kepada mempersiapkan tenaga kerja bagi menghadapi landskap digital baharu, dan bukan menolak kemajuan AI.
"Dengan melengkapkan lebih ramai orang dengan kemahiran AI, kita boleh memacu pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan ketidaksamarataan,
memastikan bahawa manfaat AI dikongsi kepada seluruh masyarakat," jelas Cik Rahayu.
"Ia juga akan membolehkan kami memanfaatkan perspektif yang berbeza-beza, serta memastikan agar teknologi AI dibangunkan mengikut keperluan dan nilai semua masyarakat," tambahnya.

Sumber : CNA/AI/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.