Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

45 wanita, 4 lelaki diberkas dalam operasi berbilang agensi

Seramai 45 wanita dan empat lelaki ditangkap dalam operasi penguatkuasaan berbilang agensi selama empat hari sehingga semalam (8 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 09 Dec 2017 08:40PM Dikemas Kini : 09 Dec 2017 08:59PM

SINGAPURA: Seramai 45 wanita dan empat lelaki ditangkap dalam operasi penguatkuasaan berbilang agensi selama empat hari sehingga semalam (8 Dis).

Serbuan-serbuan dilakukan di kawasan perumahan, asrama dan pusat hiburan awam di bahagian barat seperti Bukit Batok, Jurong West dan Woodlands.

Dalam salah satu serbuan itu di Jurong West Street 74 petang semalam, tiga wanita ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran di sebuah flat HDB.

Polis menasihati jiran-jiran supaya berwaspada terhadap orang-orang tidak dikenali di kawasan rumah mereka dan memberitahu pihak polis tentang kegiatan mencurigakan.

Polis menegaskan pihaknya menganggap serius kegiatan pelancuran di flat-flat HDB.

Sepanjang tempoh lima tahun lalu, pihak berkuasa menangkap kira-kira 90 orang kerana terbabit dalam kegiatan pelacuran seperti itu.

Polis menyatakan pihaknya akan menyiasat juga pemilik-pemilik rumah yang berkenaan.

Sekiranya didapati bersubahat dalam kegiatan pelacuran, mereka juga akan didakwa di bawah Piagam Wanita.

Sumber : CNA/RU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan