Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4,477 kes baru COVID-19 di S'pura; 1 kematian

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 4,477 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Selasa (7 Jun).

Ia terdiri daripada 4,301 jangkitan tempatan dan 176 kes import.

Satu kematian dilaporkan.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 7 Jun: 4,477
Kes baru tempatan: 4,301
Kes import: 176

Jumlah kes baru Protokol 2: 4,140

Ini terdiri daripada 3,976 kes tempatan dan 164 kes import.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 337 kes disahkan menerusi ujian PCR.

Sebanyak 325 adalah jangkitan tempatan, manakala 12 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,325,623

KEMATIAN

Kes kematian pada 7 Jun: 1

Jumlah kematian sejauh ini: 1,394

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.87, naik sedikit berbanding 0.86 semalam (6 Jun). 

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 267 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 259 semalam (6 Jun).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 22

Dipantau rapi di ICU: 8

Seramai 3,000 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Isnin (6 Jun), 96 peratus penduduk yang layak sudah  divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah lengkap dua dos: 92 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 77 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan