4,400 orang kongsi pandangan, saranan tangani bunyi bising di estet kejiranan

Estet Perumahan di Bidadari. Gambar: Facebook/HDB
SINGAPURA: Dalam menangani pertikaian mengenai bunyi bising, berbincang dengan jiran tetangga harus menjadi langkah pertama dan bukan mengadu terus kepada pihak berkuasa.
Demikian yang dipersetujui sebilangan besar peserta dalam perbincangan tentang cara mengurangkan bunyi bising di estet-estet perumahan.
Hampir 4,400 orang berkongsi pandangan dan saranan mereka sepanjang lima bulan lalu.
Mengangkat perabut rumah serta menggunakan penyendal pintu adalah antara beberapa saranan bagi mengurangkan bunyi bising di kejiranan.
Meskipun ramai peserta berpendapat komunikasi adalah anak kuncinya, ada yang menyarankan tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas.
Ramai berpendapat bahawa bunyi bising tidak melebihi 30 minit di luar masa senyap boleh diterima tetapi bunyi bising yang dibuat untuk sengaja menyebabkan gangguan tidak boleh diterima.
Kebanyakan responden juga menyeru agar masa senyap dilanjutkan.
Satu panel yang dilantik akan menyerahkan senarai cadangan mereka kepada pemerintah pada bulan November nanti.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.