44 penerima Biasiswa Keluarga MSF diiktiraf, perkukuh bakat dalam sektor perkhidmatan sosial
Anggaran Waktu Membaca:
Dari kiri: Ramzul Hiekam dan Miza Farzana Mohamed Fazil, penerima Biasiswa Perkhidmatan Sosial NCSS. (Gambar: MSF)
SINGAPURA: Seramai 44 pelajar menerima pengiktirafan pada Majlis Penyampaian Biasiswa Keluarga Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) yang ketiga, mencerminkan komitmen berterusan pemerintah dalam membangunkan bakat masa depan bagi sektor perkhidmatan sosial.
Daripada jumlah itu, lima penerima menerima biasiswa di bawah MSF, manakala 39 lagi menerima Biasiswa Perkhidmatan Sosial anjuran Majlis Perkhidmatan Sosial Kebangsaan (NCSS).
Mereka akan melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda dan possiswazah dalam pelbagai bidang.
Setelah tamat pengajian, mereka dijangka menyertai sektor perkhidmatan sosial bagi menyokong usaha memperkukuh keluarga, membantu komuniti yang memerlukan dan membina Singapura yang lebih inklusif.
Majlis yang diadakan pada Jumaat (31 Jul) itu dihadiri Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Masagos Zulkifli sebagai tetamu terhormat.
PENGALAMAN MEMBESAR DALAM KELUARGA AYAH TUNGGAL CETUS MINAT
Antara yang diiktiraf ialah Ramzul Hiekam, 24 tahun yang menerima Biasiswa Perkhidmatan Sosial NCSS.
Beliau kini mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).
Encik Ramzul berkata pengalaman membesar dalam keluarga ayah tunggal membentuk minatnya untuk membantu keluarga lain yang berdepan cabaran.
"Pengalaman ini membuat saya sedar bahawa walaupun keluarga menghadapi cabaran sebenarnya ada potensi dan kekuatan dalam setiap keluarga," kata Encik Ramzul.
Beliau menyifatkan biasiswa tersebut sebagai peluang untuk memperkukuh kemahirannya sebagai pekerja sosial dan menggalakkan lebih ramai belia mempertimbangkan kerjaya dalam sektor itu.
"Pesanan saya adalah jangan takut. Cuba sahaja jika awak ada semangat yang baik dan betul. Ini adalah satu cara awak boleh membuat impak dan menyumbang kepada masyarakat," kata beliau.

PERKHIDMATAN SOSIAL BUKA PELUANG DALAMI ISU MEREKA YANG MEMERLUKAN
Bagi Miza Farzana Mohamed Fazil, 21 tahun, penerima Biasiswa Perkhidmatan Sosial NCSS, minat terhadap kerja sosial mula berkembang ketika menjadi sukarelawan mengajar kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah.
Pengalaman itu kemudiannya diperkukuh menerusi latihan industri di New Hope Community Services dan Fei Yue Family Service Centre, selain projek bersama Homeless Hearts of Singapore yang memberinya pendedahan kepada cabaran individu yang hidup tanpa tempat tinggal tetap.
Kini beliau mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial di Universiti Nasional Singapura (NUS), Cik Miza berharap dapat menggabungkan penyelidikan dengan kerja lapangan bagi membantu golongan yang memerlukan.
"Saya memilih kerja sosial oleh kerana kita tidak lihat masalanya secara benda yang kecil, tapi kita dapat memahami dengan lebih mendalam isu-isu individu dan ia memang untuk saya, meninggalkan kesan," kata Cik Miza.
Beliau berkata biasiswa tersebut akan membuka lebih banyak peluang untuk beliau mendalami isu-isu sosial dan memperkukuh kemahiran sebagai pekerja sosial.
Beliau juga berharap dapat menyumbang kepada masyarakat dengan membina hubungan yang lebih kukuh bersama individu dan keluarga yang memerlukan sokongan.
"Saya juga ingin menyumbang kepada masyarakat dengan dapat membina hubungan yang lebih mendalam dan mengeratkan supaya mereka dapat menjalani kehidupan mereka dengan lebih daya tahan," kongsi Cik Miza.

NILAI IHSAN YANG TINGGI DALAM TUGASAN JADI DORONGAN TERUS BERKHIDMAT
Seorang lagi penerima ialah Tarif Tan Zaki Tan, 29 tahun, penerima Biasiswa Pemerintah Singapura 2022 yang kini bertugas sebagai Pengurus di Bahagian Pemerkasaan (Enabling Division) MSF.
Beliau kini terlibat dalam pembangunan dasar berkaitan penjagaan kediaman bagi golongan kurang upaya, termasuk usaha menambah baik model pembiayaan dan mutu penjagaan untuk para penghuni.
Sebelum menerima biasiswa, Encik Tarif turut menjalani dua latihan industri bersama MSF dalam bidang perlindungan kanak-kanak dan orang dewasa. Pengalaman tersebut mengukuhkan lagi minatnya untuk berkhidmat dalam sektor awam.
Bagi Encik Tarif, kerjaya dalam sektor perkhidmatan sosial didorong oleh nilai ihsan yang dipegangnya.
"Sebagai seorang Muslim, saya berpegang kepada konsep ihsan di mana kami dipanggil kepada kebaikan dan juga untuk memberi manfaat kepada orang lain.
"Jadi bagi saya, sebuah kerjaya dalam perkhidmatan sosial ini adalah satu wadah bagi saya untuk menghayati nilai ini dan juga memberi saya peluang untuk menyumbang kepada masyarakat," kata Encik Tarif.
Beliau berkata antara pengalaman yang paling meninggalkan kesan ialah apabila bertemu seorang ibu tunggal yang membesarkan anak autisme ketika mengikuti lawatan bersama MSF.

"Salah satu daripada lawatan ini adalah seorang ibu tunggal dan juga anaknya yang menghidap autisme yang pergi ke 'Activities Centre MSF'. Melalui pusat ini, ibu tunggal ini dapat pergi ke kerja dan tenangkan fikirannya.
"Dia mengetahui bahawa anaknya terjaga semasa waktu pekerjaannya dan ini memberi impak kepada saya kerana ia mengingatkan diri saya tentang kepentingan kerja yang kami buat dalam sektor ini," kongsi Encik Tarif.
Selepas menamatkan pengajian, para penerima dijangka menyertai lebih 20,000 profesional yang berkhidmat memperkukuh institusi keluarga, membantu masyarakat yang memerlukan serta menyumbang kepada pembangunan sosial Singapura.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.