44 orang dibawa ke hospital susuli kemalangan bas di Jurong West
Anggaran Waktu Membaca:
- Lebih 40 orang dibawa ke hospital selepas berlaku kemalangan melibatkan dua bas dua tingkat di Jurong West pada pagi Ahad (14 Dis).
- Pada kira-kira pukul 10.54 pagi, sebuah bas khidmat nombor 98, yang dikendalikan oleh Tower Transit, merempuh bahagian belakang sebuah bas khidmat nombor 99 kendalian SBS Transit yang sedang berhenti di lampu isyarat di Jurong West Avenue 1.
- "Mangsa yang cedera dari kedua-dua bas dibawa ke hospital dan sedang menerima rawatan perubatan."
- "SCDF kemudian menghantar 44 orang ke hospital."
SINGAPURA: Lebih 40 orang dibawa ke hospital selepas berlaku kemalangan melibatkan dua bas dua tingkat di Jurong West pada pagi Ahad (14 Dis).
Kemalangan itu berlaku di Jurong West Avenue 1 dan melibatkan dua bas yang dikendalikan oleh Tower Transit dan SBS Transit.
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan dua pengendali bas mengeluarkan kenyataan serupa yang menggariskan kejadian itu.
Pada kira-kira pukul 10.54 pagi, sebuah bas khidmat nombor 98, yang dikendalikan oleh Tower Transit, merempuh bahagian belakang sebuah bas khidmat nombor 99 kendalian SBS Transit yang sedang berhenti di lampu isyarat di Jurong West Avenue 1.
"Mangsa yang cedera dari kedua-dua bas dibawa ke hospital dan sedang menerima rawatan perubatan.
"Kedua-dua SBS Transit dan Tower Transit Singapore sedang menghubungi mangsa yang cedera dan ahli keluarga mereka untuk memeriksa keadaan mereka dan memberikan sokongan yang diperlukan."
"Kami ingin memohon maaf atas kecederaan dan kesulitan yang disebabkan oleh kemalangan ini," menurut LTA, Tower Transit dan SBS Transit.
Kedua-dua syarikat pengendali bas dan LTA sedang menyiasat kejadian itu.

Pada tengah hari tadi, Tower Transit menyatakan di dimaklumkan mengenai kejadian itu dan para penumpang yang terjejas diberikan penilaian dan rawatan perubatan.
Para penumpang yang menaiki bas yang terjejas boleh mendapatkan bantuan daripada Tower Transit di talian 1800 248 0950 atau di alamat e-mel feedback@towertransit.sg atau dengan SBS Transit di talian 1800 287 2727 atau di alamat e-mel customercare@sbstransit.com.sg.
Seorang individu terpaksa dibawa keluar daripada salah sebuah bas itu dengan bantuan pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).
Menjawab pertanyaan Mediacorp, SCDF menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang kejadian itu sejurus selepas ia berlaku.
"Sebaik sahaja SCDF tiba, seorang lelaki terperangkap di tempat duduk pemandu sebuah bas. SCDF menyelamatkan orang itu dengan menggunakan peralatan menyelamat hidraulik," menurut SCDF.
"SCDF kemudian menghantar 44 orang ke hospital."
Dalam rakaman video dan petikan gambar kejadian yang diperolehi oleh 8world, beberapa individu dilihat sedang duduk dan terbaring di atas lantai, dan satu gambar pula menunjukkan seorang individu terbaring di atas lantai dalam salah sebuah bas.
Pegawai SCDF dilihat membantu mangsa yang cedera, dengan kawasan itu dikepung oleh polis.
Polis memberitahu Mediacorp bahawa para pemandu kedua-dua bas dan 42 penumpang "dihantar dalam keadaan sedar ke hospital", sambil menambah: "Seorang pemandu bas lelaki berusia 49 tahun sedang membantu dengan siasatan."

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.