43 pertubuhan makanan ditangkap langgar syarat pemakaian pelitup, pelindung titisan air liur
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tindakan penguatkuasaan dilaksanakan terhadap 43 pemegang lesen pertubuhan makanan kerana tidak mematuhi syarat pemakaian pelitup dan pelindung titisan air liur demi keselamatan makanan.
Demikian menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Isnin (24 Apr).
Menyusuli operasi yang dikendalikan SFA pada September lalu, agensi tersebut memeriksa lagi 451 pertubuhan makanan, termasuk restoran, gerai makanan di pusat penjaja dan pameran makanan dari 29 Mac sehingga 14 April.
SFA menyatakan bahawa ia memberi tumpuan kepada "premis dengan jumlah maklum balas awam yang diterima".
Meskipun kebanyakan daripada pengendali makanan didapati mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan, 43 pemegang lesen pertubuhan makanan diberikan amaran bertulis memandangkan ia gagal memastikan pengendali makanan mematuhi syarat pemakaian pelitup serta pelindung titisan air liur.
"Tindakan penguatkuasaan yang lebih ketat akan diambil jika mereka gagal untuk mematuhi syarat-syarat ini sekali lagi," menurut SFA.
Mereka yang didapati bersalah boleh didenda sehingga S$10,000, dipenjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali. Lesen mereka juga boleh digantung atau dibatalkan.
Syarat pemakaian pelitup bagi para pengendali makanan akan terus diguna pakai meskipun langkah COVID-19 sudah dilonggarkan sejak Februari lalu.
"SFA sudah mewajibkan semua pengendali makanan untuk memakai pelitup atau sebarang bentuk halangan fizikal, oleh kerana makanan boleh dicemari oleh pengendali makanan (apabila) batuk dan bersin ke atas makanan semasa proses menyiapkan dan mengendalikan makanan," menurut agensi tersebut.
SFA menegaskan bahawa pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan jika pihaknya mendapat bukti yang cukup.
Orang ramai juga boleh melaporkan sebarang pelanggaran syarat yang berpotensi menerusi borang maklum balas SFA secara online.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.