Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

43 orang disiasat terlibat kegiatan haram di Geylang

Anggaran Waktu Membaca:
43 orang disiasat terlibat kegiatan haram di Geylang

(Gambar: Pasukan Polis Singapura)

SINGAPURA: 43 orang sedang disiasat bagi pelbagai kesalahan menyusuli serbuan di kawasan Geylang bulan lalu.

Operasi penguatkuasaan berbilang agensi itu membongkar kegiatan haram seperti perjudian dan maksiat serta penjualan ubat perangsang seks.

Semasa operasi tersebut, dua kasino internet haram diserbu.

Pihak berkuasa merampas wang tunai lebih S$3,000, terminal komputer dan peralatan perjudian lain.

Selain itu, ubat batuk dan produk peransang seks bernilai hampir S$40,000 juga dirampas dari beberapa lokasi di Geylang.

Enam wanita turut diberkas dalam operasi anti maksiat.

Operasi tersebut juga membawa kepada penangkapan sebilangan orang yang lain bagi pelbagai kesalahan.

Ini termasuk mengendalikan pusat urut tanpa lesen, menjual makanan tanpa lesen dan pengubahsuaianbasikal elektrik secara tidak sah.
Sumber : CNA/NM/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan