Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

43 mangsa penipuan iklan pakej pelancongan rugi sekurang-kurangnya S$1.2 juta pada Sep

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sekitar S$1.2 juta lesap dalam penipuan perisian hasad Android, yang melibatkan iklan mengenai pakej pelancongan di platform media sosial pada September lalu.

Sekurang-kurangnya 43 orang menjadi mangsa penipuan seumpama itu.

Dalam jenis penipuan sedemikian, mangsa akan terjumpa iklan di Facebook atau Instagram, yang mempromosikan pakej kapal pesiaran, pelancongan, kembara konsert dan lawatan makan durian.

Demikian menurut Pasukan Polis Singapura dalam satu kenyataan media pada Khamis (5 Okt).

Mangsa akan menjawab iklan tersebut, dan "penjual" kemudian berhubungan dengan mereka di WhatsApp sebelum mengarah mereka untuk memuat turun fail kit pakej Android (APK) untuk membayar yuran tempahan.

Fail APK itu digunakan untuk menyertakan aplikasi yang direka dalam sistem pengoperasian Android.

Mangsa akan memuat turun dan menyertakan fail APK itu dalam peranti masing-masing, yang sekali gus membenarkan penipu untuk mengakses peranti mereka dari jauh dan mencuri butiran serta kata kunci perbankan mereka.

Mangsa juga akan diarah untuk mengisi butiran daftar masuk perbankan internet mereka di sebuah halaman perbankan yang palsu dalam aplikasi berkenaan atau diminta membuat pembayaran menerusi PayNow atau pemindahan wang bagi yuran tempahan itu.

Mangsa akan kemudian menyedari transaksi yang tidak sah dibuat daripada akaun perbankan mereka.

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

SPF menasihati orang ramai supaya melindungi diri mereka daripada penipuan sedemikian dengan memuat turun aplikasi ScamShield dan antivirus, serta memastikan aplikasi tersebut dikemas kini supaya ia dapat mengesan perisian hasad yang terbaharu.

Orang ramai juga harus memastikan sistem pengoperasian peranti mereka dan permohonan dikemas kini secara berkala dengan ciri keselamatan yang terkini.

SPF juga menasihatkan orang ramai supaya memadamkan ciri "memuat turun aplikasi tidak dikenali" atau aplikasi dari "sumber tidak diketahui" dalam settings telefon bimbit mereka. Selain itu, polis menekankan untuk tidak memberi kebenaran kepada pemberitahuan yang meminta akses kepada perkakasan atau data peranti mereka.

Mereka juga diingatkan untuk hanya memuat turun aplikasi dari stor aplikasi rasmi seperti Google Play Store bagi peranti Android.

"Berhati-hati jika diminta memuat turun aplikasi yang tidak dikenali untuk membeli barangan atau perkhidmatan di platform media sosial," ujar SPF.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan