Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4,269 kes baru COVID-19 di S'pura; 3 korban jiwa

Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan kes 4,269 baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Khamis (7 April).

Anggaran Waktu Membaca:
4,269 kes baru COVID-19 di S'pura; 3 korban jiwa

(Gambar fail: Gaya Chandramohan/CNA)

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan kes 4,269 baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Khamis (7 April).

Ia terdiri daripada 4,145 ‬jangkitan tempatan dan 124 kes import.

Tiga kematian dilaporkan.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 7 Apr: 4,269
Kes baru tempatan: 4,145
Kes import: 124

Jumlah kes baru Protokol 2: 3,771

Ini terdiri daripada 106 kes import dan 3,665 jangkitan tempatan.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 498 kes disahkan menerusi ujian PCR. 480 adalah jangkitan tempatan manakala 18 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,128,155

KEMATIAN

Kes kematian pada 7 Apr: 3

Jumlah kematian sejauh ini: 1,290

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.73, naik sedikit berbanding 0.72 semalam (6 Apr).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 416 pesakit masih dirawat di hospital, turun berbanding 452 semalam (6 Apr).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 44

Dipantau rapi di ICU: 15

Seramai 3,595 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Rabu (6 Apr), 96 peratus penduduk Singapura yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Lengkap divaksin 2 dos: 92 peratus
Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 72 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan