424 orang disiasat terlibat kes penipuan, lebih S$9 juta hilang
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Today)
SINGAPURA: Seramai 424 orang sedang disiasat pihak berkuasa kerana disyaki terlibat sebagai penipu atau keldai wang, yang mana mangsa melaporkan kehilangan lebih S$9 juta.
Daripada 424 mangsa, 277 adalah lelaki dan 147 adalah perempuan. Mereka berusia antara 16 dengan 78 tahun, menurut polis di dalam sidang media pada Jumaat (9 Jun).
Suspek-suspek tersebut sedang disiasat atas dakwaan melakukan kesalahan menipu, pengubahan wang haram atau menawarkan khidmat pembayaran tanpa lesen.
Pegawai dari Jabatan Ehwal Komersial (CAD) dan polis menjalankan operasi penguatkuasaan seluruh negara antara 27 Mei dengan 8 Jun.
Suspek dipercayai terlibat dalam lebih 1,400 kes penipuan, berkaitan pekerjaan, pembelian e-dagang, pancingan data, menyamar sebagai pegawai pemerintah atau pelaburan.
Di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, kesalahan menipu membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.
Di bawah Akta Rasuah, Pengedaran Dadah dan Jenayah Berat Lain (Rampasan Faedah) (1992), pesalah terlibat sebagai keldai wang akan berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda sehingga S$500,000 atau kedua-duanya sekali.
Di bawah Seksyen 5 Akta Perkhidmatan Pembayaran (2019), mereka yang mengendalikan syarikat menawarkan sebarang khidmat pembayaran di Singapura tanpa lesen akan berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda sehingga S$125,000 atau kedua-duanya sekali.
Polis menyatakan bahawa pihaknya memandang serius terhadap sesiapa yang mungkin terlibat dalam penipuan dan pelaku akan ditangani menurut undang-undang.
"Untuk mengelak daripada terlibat dalam jenayah, orang awam harus menolak permintaan oleh individu lain yang ingin menggunakan akaun bank atau talian telefon anda kerana anda akan dipertanggunjawabkan jika ia dikaitkan dengan jenayah," menurut polis dalam satu kenyataan.

Sumber : Today/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.