415 mangsa hangus S$574,000 gara-gara penipuan ini
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Singapore Police Force
SINGAPURA: Sekurang-kurangnya 415 individu menjadi mangsa penipuan melibatkan penghantaran bungkusan sejak awal tahun ini, dengan kerugian yang dialami dianggarkan bernilai sekurang-kurangnya S$574,000, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Sabtu (11 Jun).
Dalam kes-kes sedemikian, para mangsa akan menerima emel atau kiriman mesej yang memberitahu mereka seolah-olah mereka mempunyai bungkusan yang sedang menunggu penghantaran.
Para mangsa kemudian akan dirujukkan kepada satu pautan dalam mesej itu untuk melihat maklumat mengenai penghantaran bungkusan tersebut.
Apabila mangsa menekan pautan itu, mereka akan dibawa ke laman web yang meminta butiran kad kredit atau debit mereka dan kata laluan sekali sahaja (OTP).
Para mangsa hanya akan menyedari mereka telah ditipu selepas dimaklumkan tentang urus niaga menggunakan kad kredit atau debit mangsa tanpa pengetahuan mereka.
SPF menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikut:
- Jangan tekan pautan URL dalam emel dan kiriman mesej
- Sentiasa sahkan kesahihan maklumat dengan laman web atau sumber rasmi
- Jangan mendedahkan butiran peribadi atau maklumat perbankan Internet dan OTP kepada sesiapa saja
- Laporkan sebarang bayaran kad kredit atau debit yang mencurigakan kepada bank anda dengan segera

Sumber : CNA/KF/kf
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.