41,000 kucing peliharaan diberi lesen sejak skim pengurusan bermula
Sekitar 41,000 kucing peliharaan diberi lesen sejak satu rangka kerja pengurusan kucing bermula tahun lalu, menurut Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS) pada Isnin (1 Sep).
- Sekitar 41,000 kucing peliharaan diberi lesen sejak satu rangka kerja pengurusan kucing bermula tahun lalu, menurut Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS) pada Isnin (1 Sep).
- Program dan skim pelesenan baharu bagi kucing peliharaan dan kucing masyarakat di bawah rangka kerja itu berkuat kuasa pada 1 September 2024.
- Para pemilik kucing peliharaan perlu memohon bagi lesen untuk kucing-kucing peliharaan mereka menerusi Sistem Pelesenan Haiwan Peliharaan AVS (PALS).
- Melangkah ke hadapan, usaha AVS akan menawarkan sokongan lebih bersasar bagi para pemilik kucing peliharaan dari keluarga berpendapatan rendah menerusi sesi pemasangan cip mikro secara percuma dan program Sokongan Pengembirian Kucing Peliharaan AVS (PCCS).
Program dan skim pelesenan baharu bagi kucing peliharaan dan kucing masyarakat di bawah rangka kerja itu berkuat kuasa pada 1 September 2024.
Ia diwajibkan ke atas semua haiwan peliharaan untuk mendapatkan cip mikro dan lesen bagi memudahkan usaha penjejakan.
Dalam kalangan kucing-kucing peliharaan yang diberi lesen, sekitar 95 peratus sudah pun dikembirikan, menurut AVS.
Lebih 41,500 orang sudah selesai menjalani kursus pemilikan haiwan menerusi online, yang diwajibkan ke atas para pemohon lesen kucing kali pertama.
Pada Februari lalu, AVS mengumumkan lebih 24,000 kucing peliharaan sudah pun dilesen sejak skim itu bermula.
Dalam respons kepada pertanyaan Mediacorp, AVS menyatakan terdapat kemerosotan dalam jumlah kes maklum balas berkaitan kucing, dari lebih 4,300 kes pada 2019 kepada kira-kira 2,700 kes pada tahun lalu.
"Kami mencatat kemajuan ketara sejak kami melancarkan rangka kerja pengurusan kucing pada tahun lalu untuk mempertingatkan kesihatan dan kesejahteraan kucing-kucing kami," kata Menteri Negara Pembangunan Negara Alvin Tan.
"Sambutan sejauh ini menggalakkan, dan kami akan terus bekerjasama dengan masyarakat bagi menyokong para pemilik kucing dan menjaga kucing-kucing masyarakat kami."
Lebih 8,000 kucing peliharaan sudah pun dipasang cip mikro di 45 acara pemberian cip mikro dan lesen secara percuma anjuran AVS sejak 2024.
Lagi 500 kucing peliharaan dipasang cip mikro di sesi serupa yang diadakan dengan kerjasama klinik-klinik haiwan, menurut AVS.
AVS menyatakan lebih 1,600 kucing masyarakat sudah menjalani program Trap-Neuter-Rehome atau Release-Manage(Tangkap-Kembiri-Lepaskan-Urus) setakat hujung Februari lalu.
PERATURAN DI BAWAH SKIM PELESENAN
Para pemilik kucing peliharaan perlu memohon bagi lesen untuk kucing-kucing peliharaan mereka menerusi Sistem Pelesenan Haiwan Peliharaan AVS (PALS).
Lesen-lesen itu diberikan secara percuma semasa tempoh peralihan, yang berakhir pada 31 Ogos 2026.
Untuk memohon lesen, para pemilik kucing perlu pertama sekali memastikan haiwan peliharaan mereka mendapatkan cip mikro dari seorang doktor haiwan yang bertauliah.
AVS juga menganjurkan sesi percuma pemberian cip miko dan lesen di seluruh Singapura.
Semua pemilik kucing peliharaan kali pertama juga perlu menjalani kursus pemilikan haiwan peliharaan menerusi online secara percuma.
USAHA LEBIH BERSASAR
Melangkah ke hadapan, usaha AVS akan menawarkan sokongan lebih bersasar bagi para pemilik kucing peliharaan dari keluarga berpendapatan rendah menerusi sesi pemasangan cip mikro secara percuma dan program Sokongan Pengembirian Kucing Peliharaan AVS (PCCS).
Lebih 1,300 kucing peliharaan dari keluarga berpendapatan rendah sudah pun dikembirikan dan dipasang cip mikro secara percuma di bawah program itu, yang dilancarkan pada 1 September tahun lalu.
"Pengembirian menawarkan manfaat kesihatan bag kucing-kucing itu seperti mengurangkan risiko menghidap barah tertentu dan mencegah jangkitan rahim," menurut AVS.
"Pengembirian juga membantu menangani isu-isu kesejahteraan haiwan dan kecacatan yang timbul disebabkan terlalu banyak bilangan kucing peliharaan."
AVS akan menyasarkan usaha pendampingan di kawasan-kawasan dengan jumlah maklum balas lebih tinggi berkaitain kucing, seperti Marsiling, Lengkok Bahru dan Outram, ia menambah.
Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun pertama sejak rangka kerja pengurusan kucing dilancarkan, AVS akan melancarkan beberapa acara dan kegiatan pada September.
Satu seminar percuma mengenai kebajikan dan tingkah laku kucing akan diadakan pada 10 September di Kebun Bunga Singapura, sebuah acara di Kelab Masyarakat Boon Lay pada 13 dan 14 September, serta "pameran rondaan dan program-program khas" di ruang masyarakat dan perpustakaan awam terpilih.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.