Skip to main content

Singapura

41 sekolah dapat pengetua baharu pada 2026

Sebanyak 41 sekolah akan menerima pengetua baharu sebagai sebahagian daripada latihan pelantikan dan pertukaran tahunan Kementerian Pendidikan (MOE).

Anggaran Waktu Membaca:
41 sekolah dapat pengetua baharu pada 2026

Bangunan Kementerian Pendidikan (MOE) yang terletak di North Buona Vista Drive. (Gambar fail: iStock)

SINGAPURA: Sebanyak 41 sekolah akan menerima pengetua baharu sebagai sebahagian daripada latihan pelantikan dan pertukaran tahunan Kementerian Pendidikan (MOE).

Daripada jumlah tersebut, 25 orang adalah pengetua yang baru dilantik, menurut MOE dalam satu kenyataan media pada Rabu (8 Okt).

Sebanyak 41 sekolah tersebut terdiri daripada dua maktab rendah, 20 sekolah menengah, dan 19 sekolah rendah.

MOE menyatakan: "Proses melantik dan membuat pertukaran pengetua membolehkan sekolah-sekolah mendapat manfaat daripada perspektif baharu, dan membolehkan pengetua berpengalaman berkongsi amalan terbaik di pelbagai sekolah."

"Para pengetua kita akan berpeluang untuk meluaskan pengalaman mereka dan mengukuhkan tugas di sekolah baharu di mana mereka dilantik untuk pimpin."

MOE menambah bahawa ini adalah "pencapaian kerjaya yang penting" bagi 25 pengetua yang baru dilantik, di mana mereka memikul "tanggungjawab yang lebih besar sebagai pemimpin dalam pendidikan".

Bagi 16 pengetua lain yang mengambil alih jawatan pengetua baharu, kementerian pendidikan menyatakan ia adalah pengesahan keyakinan MOE terhadap keupayaan mereka untuk terus memimpin dan membimbing guru, kakitangan, dan pelajar di sekolah.

Para pengetua tersebut akan dilantik secara rasmi dalam satu majlis pada 30 Disember, yang akan dihadiri oleh Menteri Pendidikan, Desmond Lee.

MOE turut menyatakan bahawa ia juga akan mengiktiraf sumbangan pengetua yang bersara serta pegawai pendidikan kanan bersara dari Ibu Pejabat MOE yang pernah berkhidmat sebagai pengetua sebelum ini.

Pengetua baharu tersebut adalah:
Maktab Rendah (Gambar: MOE)
Sekolah Menengah (Gambar: MOE)
Sekolah Rendah (Gambar: MOE)
Sumber : CNA/NK/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita