40,000 pelari sertai acara fizikal Maraton Standard Chartered SG
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: IRONMAN Group
SINGAPURA: Hampir 40,000 pelari termasuk 5,000 peserta dari luar negara mengambil bahagian dalam Maraton Standard Chartered Singapura, yang berlangsung pada Sabtu (3 Dis) dan Ahad.
Ia kembali diadakan secara fizikal sepenuhnya kali ini setelah diadakan secara hibrid tahun lalu.
Maraton kali ini menyaksikan peserta mengelilingi jalan raya sekitar Marina Bay dan Pantai East Coast sepanjang hujung minggu ini bagi pelbagai kategori.
Mereka yang berlari bagi perlumbaan lima dan 10 kilometer berlepas dari garisan permulaan di bangunan pit F1 dan kemudian melalui Nicoll Highway, Singapore Flyer dan Republic Boulevard sebelum sampai ke garisan penamat di Pentas Terapung Marina Bay.
Antara yang turut mengambil bahagian kali ini ialah Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin.
Maraton Standard Chartered adalah antara acara larian terbesar di Singapura tahun ini. Tahun lalu hanya 4,000 pelari mengambil bahagian dalam perlumbaan fizikal.
Bagaimanapun, bilangan peserta tahun ini kurang sedikit berbanding sekitar 50,000 peserta yang dijangkakan sebelum ini.
"Sudah sekian lama dan ia adalah larian pertamanya, jadi kami membuat keputusan untuk melakukannya bersama-sama. Terdapat ramai orang jadi ia amat menggembirakan untuk melihat semua berkumpul dan berlari," menurut seorang peserta.
Acara separuh maraton dan maraton penuh akan diadakan pada esok pagi.

Sumber : CNA/IA/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.