4,000 pekerja SATS tingkatkan kemahiran penuhi permintaan perjalanan udara kian meningkat
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Usaha meningkatkan dan menimba kemahiran baru dipergiatkan di SATS.
Hampir 25 peratus daripada pekerjanya dilengkapi dengan kemahiran digital sejak tahun 2020. Ini sedang syarikat pengendali lapangan terbang itu meningkatkan lagi operasinya di Lapangan Terbang Changi.
Dengan bilangan penumpang dijangka kembali ke paras sebelum pandemik menjelang tahun depan, SATS kini sudah ada 17,000 tenaga kerja. Jumlah itu serupa dengan sebelum pandemik melanda.
Bagi Suriyani Salleh, Pemangku Pengurus Bertugas di bahagian perkhidmatan bagasi SATS, sebahagian daripada tugas beliau dan pasukannya adalah memastikan bagasi para penumpang dimasukkan ke pesawat yang betul.
Bagi membantu mereka, sebuah alat elektronik digunakan untuk mengimbas semua bagasi agar para pengurus bagasi dapat mengesan lokasi setiap beg.
"Dengan alat ini, ia dapat mengesan lokasi bagasi sama ada di dalam pesawat atau di jalur ketibaan. Ia agar kami dapat memberi respons kepada penumpang dengan segera, tanpa perlu menggunakan walkie-talkie untuk berhubung dengan rakan kerja lain di bilik belakang. Ia adalah respons segera kepada penumpang agar mereka tidak perlu tunggu," katanya.
Para kakitangan juga menerima perkembangan terkini menerusi sistem alat elektronik tersebut agar mereka dapat menangani isu-isu yang boleh melengahkan proses keseluruhan.
Misalnya, kes bagasi dihantar ke tempat yang salah sebelum ini berlaku sekitar tiga kali seminggu. Namun sekarang, ia jarang sekali berlaku.
Encik Nizam Salleh, seorang Eksekutif di Pusat Kecekapan Sistem SATS, pula memanfaatkan sistem yang memberikan maklumat penerbangan bagi merancang keperluan tenaga manusia lebih awal.
Ini agar kakitangan boleh dikerahkan ke tempat lain sekiranya penerbangan tergendala.
"Ia dapat membantu para pengurus tenaga kerja untuk merancang lebih awal jadual ketibaan penerbangan bagi enam, tujuh jam seterusnya," kata Encik Nizam.
SATS juga merancang kerjasama dengan sekurang-kurangnya dua sistem pemantauan penerbangan lain supaya proses perancangan dapat dipertingkatkan lagi.
Pada masa yang sama, ia juga akan terus melatih kakitangannya agar dapat terus memberikan khidmat bermutu.

Sumber : CNA/IA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.