4,000 keluarga bakal terima baucar barangan dapur Ramadan ini
Anggaran Waktu Membaca:

Logo Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF). (Gambar: Rahmatan Lil Alamin/ Facebook)
SINGAPURA: Sekitar 4,000 keluarga akan menerima satu set baucar makanan dan barangan dapur bagi bulan Ramadan ini.
Ini sebahagian daripada projek 'Blessings to All' oleh Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) pada tahun ini untuk menyuntik sedikit keceriaan sempena musim perayaan akan datang ini.
Lantaran itu, RLAF akan mengadakan usaha mengumpul dana sebanyak S$100,000 menerusi laman www.giving.sg dari 6 Mac hingga 9 April.
Dana tersebut akan disalurkan kepada usaha mengagihkan sebanyak 4,000 set baucar 'Blessings to All'.
Projek 'Blessings to All' itu dijalankan dengan sokongan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (PA MESRA), Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (MAEC), M3@Bandar, Harmony Circles dan pertubuhan-pertubuhan keagamaan.
Pengagihan baucar itu bakal melibatkan sekitar 200 sukarelawan dari RLAF, PA MESRA, MAEC, Harmony Circles dan pertubuhan-pertubuhan keagamaan. Para pegawai dan relawan akan dikerahkan semasa hujung minggu dalam bulan Ramadan di beberapa lokasi merata Singapura untuk mengagihkannya kepada para penerima bantuan yang dipilih.
Penyertaan para relawan dan penerima bantuan dari pelbagai latar belakang ini diharap dapat menyatukan masyarakat dan mewujudkan semangat kekitaan dan perpaduan dengan menyumbang semula dan mewujudkan sekitaran positif.
RLAF menerusi kenyataan medianya pada Selasa (5 Mac) juga mahu menggalak semangat dan budaya memberi, menyayangi, memupuk sifat belas ihsan dan empati serta saling memahami antara satu sama lain. Ini selain menyemai rasa bersyukur.
Orang ramai boleh menderma kepada usaha baucar 'Blessings to All' menerusi pelbagai platform online atau menerusi cek.
Berikut platform yang boleh digunakan untuk menderma:
a. PayNow – masukkan UEN RLAF 200910530Z dan nyatakan ‘BTA2024’ di masuk kotak 'remarks'
b. Giving.SG – campaign at giving.sg/donate/campaign/blessingstoall2024
c. Pindahan antara bank menerusi RLAF (Rahmatan lil Alamin Foundation) – pindahkan wang ke Akaun Semasa OCBC (Current Account) nombor: 629069154001
e. Menerusi cek ke ‘RLAF’. Nyatakan pada belakang cek: nama penderma, nombor telefon, NRIC atau nombor UEN syarikat jika anda perlukan pengecualian cukai bagi derma dan nyatakan “Blessings to All 2024”.
Kirimkan cek anda kepada RLAF (Masjid Yusof Ishak, No. 10, Woodlands Drive 17, Singapore 737740) atau kepada MUIS (No. 273 Braddell Road, Singapore 579702)

Sumber : BERITA Mediacorp/nk/NK
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.