Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

400 tempat latihan sudah diwujudkan dalam sektor perkhidmatan sosial bagi lulusan baru

Sebanyak 400 tempat latihan yang baru sudah diwujudkan untuk sektor perkhidmatan sosial sejak Julai tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Sep 2020 09:48PM Dikemas Kini : 28 Sep 2020 09:57PM

SINGAPURA: Sebanyak 400 tempat latihan yang baru sudah diwujudkan untuk sektor perkhidmatan sosial sejak Julai tahun ini.

Ini beserta dana pendigitalan S$27 juta adalah sebahagian daripada usaha untuk menyuntik bakat dan teknologi ke dalam sektor itu.

Peluang latihan itu disediakan menyusuli kesan pandemik COVID-19 yang menyebabkan lebih banyak permintaan untuk perkhidmatan sosial.

Akibat COVID-19, agensi-agensi itu terpaksa menggunakan teknologi dan bukan hanya sekadar menarik bakat-bakat baru.

Lebih S$9 juta sudahpun dikumpulkan melalui Dana Invictus yang dilancarkan pada bulan April untuk menyokong usaha-usaha sedemikian.

Dengan tambahan S$18 juta dari Pemerintah, dana itu kini disediakan untuk hampir 500 agensi perkhidmatan sosial.

Permohonan bagi dana tersebut sudah dibuka dan keputusannya akan diumumkan pada akhir tahun ini.

Sumber : CNA/SY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan