Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

400 pengewap elektronik, 8,100 peralatan berkaitan ditemui dalam lori angkut buah di Pusat Pemeriksaan Woodlands

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sebuah lori yang memasuki Singapura dengan membawa 400 pengewap elektronik dan 8,100 pod isi alat itu ditahan di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada hujung minggu lalu, menurut Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Khamis (27 Jan).

Lori berdaftar di Malaysia itu membawa buah-buahan itu ditahan pada Sabtu (22 Jan) selepas pegawai ICA "mengesan kejanggalan dalam imej imbasan lori berkenaan", menurut pihak berkuasa itu dalam satu catatan Facebook.

Setelah melakukan pemeriksaan lanjut, pegawai menjumpai pengewap elektronik dan pod isi alat itu yang dibalut dengan kertas aluminium dan disorok di belakang lori berkenaan.

BACA:E-pengewap, aksesori bernilai hampir S$30,000 dirampas

BACA: HSA rampas alat pengewap elektronik, peralatan berkaitan bernilai sekitar S$200,000

"Seorang pemandu lori warga Malaysia dan kelindannya terlibat dalam kes itu dan dirujukkan kepada Penguasa Sains Kesihatan (HSA) untuk siasatan lanjut," menurut ICA.

Pihak berkuasa menyatakan "mereka yang berniat jahat menggunakan kaedah serupa untuk menyeludup barangan yang mengancam keselamatan masuk ke Singapura," dan menambah bahawa ICA akan "sentiasa berwaspada" untuk mengatasi sebarang percubaan sedemikian

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan