400 pelajar sudah raih manfaat daripada usaha KGMS galak pembelajaran sepanjang hayat
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seramai 32 pelajar peringkat GCE 'O' dan GCE 'N' diberikan Anugerah Pendidikan Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS) tahun ini.
Jumlah itu sekitar 18 peratus lebih rendah berbanding tahun lalu, iaitu seramai 39 pelajar.
Menurut Ahli Jawatankuasa Pelaksana KGMS, Cik Norsena Mohd Yusof, ini merupakan usaha KGMS untuk mengiktiraf dan meraikan kejayaan anak-anak ahli kesatuan guru-guru Melayu itu yang melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya.
"Di samping menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka, kami juga mengiktiraf usaha baik yang telah dilakukan oleh semua anak ahli KGMS dan meraikan kejayaan mereka untuk meneruskan pengajian mereka di peringkat selanjutnya, baik di sekolah menengah mahupun di institusi pasca menengah," kata Cik Norsena.
"Usaha ini selaras dengan dasar pembelajaran sepanjang hayat. Ini memberi peluang kepada semua pelajar untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka setinggi dan seluas mungkin," tambahnya lagi.

Antara penerima tahun ini ialah Sofea Khalisah Jamil, "Saya berasa bersyukur, bangga dan gembira kerana usaha saya dihargai dan kerja keras saya membuahkan hasil," kata Sofea.
"Ibu bapa saya banyak memberi kata-kata semangat untuk saya dan setiap hari mereka akan menolong saya dalam pelajaran saya dan akan menolong saya mengulangkaji," tambahnya lagi.
Seorang lagi penerima ialah Anis Arissa Muhammad Khairulnizam yang berkongsi keterujaannya menerima anugerah itu.
"Saya berasa amat bersyukur dan terharu untuk menerima anugerah ini. Orang yang paling banyak memberi sokongan adalah ibu saya dan juga rakan-rakan sekolah saya kerana mereka," kata Anis.
Anugerah Pendidikan KGMS diperkenalkan pada tahun 2013, bertujuan untuk mengiktiraf dan meraikan pencapaian akademik anak-anak ahli KGMS.
Anugerah tersebut diberikan kepada pelajar yang memperoleh keputusan yang baik dalam peringkat Peperiksaan PSLE, GCE ‘N’ dan GCE ‘O’.
Sejak diperkenalkan, KGMS telah menyampaikan lebih daripada 400 anugerah kepada anak-anak ahli.
SANJUNG JASA GURU DAN IBU-BAPA
Acara tersebut yang berlangsung di Downtown East pada Sabtu (14 Feb) diserikan lagi dengan kehadirian Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim.

"Saya ucapkan terima kasih kepada guru-guru kita semua di sini kerana memikul tanggungjawab yang berat selain mengajar dan mendidik anak-anak orang lain, anda semua mesti menjaga anak-anak sendiri," katanya dalam ucapan beliau.
Beliau turut menekankan bahawa kejayaan pelajar dalam akademik, seni dan sukan wajar diraikan bersama.
Beliau juga melahirkan pengiktirafannya bagi jasa dan pengorbanan dan dedikasi ibu bapa yang terus menyokong dan membimbing anak-anak mereka.

Sumber : BERITA Mediacorp/hd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.