400 anggota dua keluarga himpun untuk Perjumpaan Raya 5-Generasi
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Suasana Lebaran masih hangat terasa.
Pada Sabtu (12 Apr) lebih 400 anggota dua keluarga besar berhimpun dalam satu Perjumpaan Hari Raya Keluarga di HomeTeamNS Khatib pada Sabtu (12 Apr).
Apa yang bermula sebagai sesi bergambar keluarga pada tahun 1950-an, kini berkembang menjadi acara rasmi sejak 1998.
Tradisi itu menyatukan dua keluarga besar, iaitu keluarga Encik Mohd Diah dan Encik Abd Latiff, yang berasal dari Kampung Melayu di Jalan Eunos.

Kali terakhir mereka berhimpun dalam skala besar adalah pada tahun 2016.
Namun, pandemik COVID-19 dan pemergian beberapa anggota keluarga telah memperlahankan kesinambungan perjumpaan ini.
Acara tersebut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk pembacaan Al-Quran, tazkirah, kuiz keluarga, photobooth, serta permainan untuk semua peringkat umur.
Penganjur acara, Encik Mohamad Zain Mohamed, 52 tahun, berkata ia satu usaha untuk menghidupkan kembali warisan keluarga dan menyatukan generasi lama dan baharu.
"Kami berasal daripada Kampung Melayu, Jalan Eunos. Nyai saya dan Yai saya yang bernama Hajjah Fatimah dan juga Haji Sulaiman. Haji Sulaiman ini dia berasal daripada Indonesia, di sebuah kawasan yang bernama Kebumen. Jadi Allahyarham telah berhijrah daripada Kebumen sampai ke Singapura dan mendirikan rumahtangga di sini dan sampai sekaranglah anak-pinaknya semua berjumlah lebih kurang 500 lebih begitu," kata Encik Mohamad Zain.
Menurutnya lagi, perjumpaan seperti itu bukan sekadar untuk bertemu mesra, tetapi menjadi platform penting untuk generasi muda mengenal asal-usul dan akar sejarah keluarga.

Salah seorang anggota keluarga tertua yang hadir ialah Encik Abd Jalil Sulaiman, 88 tahun, yang sempat berkongsi sejarah penempatan mereka dahulu.
"Kami berasal dari Kampung Melayu di Jalan Eunos. Saya dilahirkan di sana pada tahun 1937 dan membesar di situ sehingga usia 25 tahun, sebelum berumahtangga dan berpindah. Kampung Melayu merupakan penempatan Melayu pertama yang dikenali sebagai 'Malay Settlement'."
"Waktu itu pemerintah British merancang untuk menjadikan kawasan Kallang sebagai lapangan terbang. Maka, para penduduk di kawasan tersebut dipindahkan ke Kampung Melayu, yang kemudian dikenali sebagai 'Malay Settlement'. Kebanyakan penduduknya berasal dari pulau-pulau di selatan dengan latar belakang yang pelbagai seperti Jawa, Bawean dan lain-lain," kongsi Encik Abd Jalil.
Perjumpaan itu turut menyaksikan kehadiran ahli keluarga dari luar negara, termasuk dari Malaysia.
"Kita ingin merapatkan lagi silaturrahim sebab dah lama sangat tak jumpa. Jadi inilah satu-satu masanya yang kita boleh berjumpa. Hendak mengharapkan waktu kita sangat tidak cukup waktu untuk jumpa tiap-tiap orang jadi sinilah medan untuk kita berjumpa," kongsi Cik Najwa Mohd Ayub, 60 tahun, yang merupakan ahli keluarga dari Malaysia.
Kemuncak acara adalah sesi bergambar keluarga yang bukan sahaja untuk merakam kenangan, tetapi turut menjadi simbol kesinambungan ikatan kekeluargaan yang terus utuh merentasi generasi.

Sumber : BERITA Mediacorp/RL/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.