Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

40 tahun selepas kemalangan kereta kabel Sentosa, seorang mangsanya masih mengalami trauma

Anggaran Waktu Membaca:
40 tahun selepas kemalangan kereta kabel Sentosa, seorang mangsanya masih mengalami  trauma

Gambar: CNA/Aqil Haziq Mahmud

SINGAPURA: Pada 29 Januari 1983, Encik Jagjit Singh dan enam anggota keluarganya baru sahaja selesai menikmati percutian mereka di Sentosa. Matahari sudah mula terbenam dan mereka sedang menuju ke Mount Faber di mana ibu bapa baptis Encik Singh letak kereta mereka.

Pada masa itu, cara untuk berulang alik dari Sentosa ke tanah besar Singapura hanya dengan menaiki feri atau kereta kabel. Kereta kabel akan membawa mereka terus ke Mount Faber. Encik Singh yang berusia 8 tahun ketika itu menunggu keluarganya di Stesen Carlton Hill di Sentosa.

Kereta kabel yang dinaiki Encik Singh merupakan satu daripada 15 kereta kabel yang sedang beroperasi antara Sentosa dengan tanah besar Singapura apabila sebuah kapal cari gali minyak syarikat Eniwetok terlanggar kabel kereta kabel itu pada 6.06 petang.

Akibatnya dua buah kereta kabel terhumban 55 meter ke laut. Satu daripada dua kereta kabel itu kosong tetapi lima penumpang di dalam sebuah lagi kereta kabel meninggal dunia.

Kereta kabel yang dinaiki Encik Singh pula terhayun begitu kuat hinggakan pintunya terbuka, menyebabkan tiga daripada tujuh penumpangnya tercampak keluar.

Bapa baptis dan nenek Encik Singh meninggal dunia tetapi sepupunya yang baru berusia dua tahun yang turut tercampak keluar, terselamat.

Encik Singh melihat semua kejadian itu. Beliau yang kini berusia 47 tahun disahkan mengalami gangguan kebimbangan, kemurungan dan tekanan selepas trauma.

"Ia bermain di kepala saya setiap hari. Tidak ada satu hari pun berlalu tanpa saya memikirkan tentang kejadian itu atau ia kembali sebagai imbasan semula," katanya mengenai kejadian itu.

Saya mendapat imbasan balik setiap hari. Terdapat banyak faktor yang mencetuskan emosi ini. Kadang-kala ia berkaitan dengan tempat yang indah. Jika saya lalu di menara kereta kabel, semasa menaiki jambatan ke Sentosa, kepala saya akan sentiasa pusing ke kanan.

Apabila saya keluar saya akan belok ke kiri. Ia secara automatik dan saya sudah terbiasa. Anda akan berpaling untuk melihat tempat di mana kemalangan itu berlaku."

Encik Singh masih menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku kepada keluarganya kerana mereka membawa beliau ke Sentosa pada hari itu kerana beliau menghadapi masalah di sekolah.
Sumber : CNA/HY/hy

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan