Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

40% sasaran 1 juta pokok jelang 2030 sudah ditanam di S'pura

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Aug 2022 08:39PM Dikemas Kini : 20 Aug 2022 10:55PM
SINGAPURA: Sekitar 400,000 batang pokok ditanam di Singapura dalam tempoh dua tahun yang lalu. Ia merupakan sebahagian daripada sasaran 1 juta pokok menjelang 2030.

Gerakan tersebut merupakan tunggak utama bagi mengubah pulau ini menjadi 'Bandar Dalam Alam Semula Jadi' iaitu sebagai sebahagian daripada Pelan Singapura Menghijau.

100 batang pokok terdiri daripada lapan jenis berbeza ditanam di kampus Universiti Tekonologi Nanyang (NTU) - yang menyertai gerakan tersebut - di sepanjang Nanyang Avenue.

Ini merupakan sebahagian daripada usaha penghijauan NTU serta meningkatkan habitat tumbuh-tumbuhan dan haiwan liar.

Terdapat juga rancangan untuk menanam lebih banyak pokok di sekeliling kampus itu untuk tempoh tujuh tahun akan datang.

Menurut Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee, pokok-pokok yang ditanam dapat meningkatkan keterhubungan ekologi dengan koridor hijau West Coast serta menyumbang kepada usaha menangani perubahan iklim.

"Membantu untuk mengurangkan kesan haba perbandaran di pulau ini dengan menyejukkan sekitaran sekeliling serta meningkatkan kapasiti bagi mengasingkan gas karbon. Gerakan 1 juta pokok dapat mengasingkan sekitar 78,000 tan karbon dioksida dan jumlah itu akan terus meningkat apabila pokok-pokok tumbuh matang," kata Encik Lee.
Sumber : CNA/IQ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan