Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

40 penerima bantuan Tabung Amal Jariah Pertapis ikuti bengkel kesihatan minda

Penting untuk masyarakat mendapat akses kepada wadah-wadah yang relevan demi memahami isu-isu mental dan cara mengatasinya, menurut Datuk Bandar CDC Tenggara, Mohd Fahmi Aliman, di acara bengkel kesihatan mental anjuran Unit Kaunseling dan Jagaan Pertapis (PCCU) hari ini (30 Jan). 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Penting untuk masyarakat mendapat akses kepada wadah-wadah yang relevan demi memahami isu-isu mental dan cara mengatasinya.

Demikian menurut Datuk Bandar CDC Tenggara, Mohd Fahmi Aliman, di acara bengkel kesihatan mental anjuran Unit Kaunseling dan Jagaan Pertapis (PCCU) hari ini (30 Jan).

RAWATAN TRAUMA DAN KESEDARAN

Fokus kepada kekuatan diri masing-masing, memikirkan tentang perkara yang menyenangkan serta melakukan kegiatan yang bermakna setiap hari.

Cara-cara mengurangkan tekanan dan kegelisahan seperti itu adalah antara ilmu yang ditimba para penerima bantuan Tabung Amal Jariah (TAJ) PERTAPIS dalam sebuah bengkel mengenai kesihatan mental hari ini (30 Jan).

Demi menyokong kempen Kesihatan Mental oleh Majlis Perkhidmatan Sosial Kebangsaan (NCSS), Unit Kaunseling dan Jagaan Pertapis (PCCU) menganjurkan siri bengkel Kesejahteraan Mental sejak 12 Januari tahun ini.

Ia disasarkan untuk para pekerja sosial di rumah-rumah tumpangannya, kakitangan penjagaan dan para penerima bantuan Tabung Amal Jariah (TAJ).

Presiden PERTAPIS, Hussaini Abdullah berkata: "PERTAPIS akan tetap menjalankan tugas-tugas seperti ini untuk membantu masyarakat yang memerlukan dan sentiasa datang kepada kita untuk mendapatkan bantuan dan ini adalah satu tugas dan wadah untuk mereka yang ingin mendapatkan bantuan daripada kami."

LANGKAH BAIK UNTUK BANTU MASYARAKAT

Encik Fahmi turut sama-sama duduk menyertai sesi kelima dan terakhir bengkel itu, yang diadakan di Wisma Geylang Serai, untuk meninjau perkongsian yang dijalankan.

"Ia memberi satu wadah yang penting sekali untuk masyarakat kita memahami isu-isu mental dan cara untuk mengatasinya."

"Saya rasa ada peluang untuk kita bekerjasama untuk lebih rapat dengan masyarakat untuk mengetahui isu-isu dan membantu mereka, bukan saja dari isu kewangan atau isu lain tapi isu kesihatan mental juga," kata Encik Fahmi kepada BERITAmediacorp.

Sekitar 40 penerima bantuan Tabung Amal Jariah yang menghadiri bengkel kesihatan minda itu memberikan respons yang menggalakkan.

Cik Neng Yatimah Salim berpendapat bahawa bengkel yang dihadirinya itu amat sesuai bagi dirinya serta keluarganya.

"Sebelum ini, bengkel-bengkel yang saya lalui kurang berkesan jadi hari ini bengkel ini memberi banyak maklumat dan interaksi yang berkesan dan bermanfaat untuk anak-anak saya dan keluarga," kata beliau.

Bagi Cik Zuliha Dolah pula sebelum mengkuti bengkel itu dia kurang tahu tentang teknik kesihatan minda.

Namun setelah mengikutinya hari ini, dia kini lebih sedar tentang cara-cara mengawal emosi.  

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan