Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

40 anggota keluarga kurang bernasib baik diundang ke majlis buka puasa McDonald's

Anggaran Waktu Membaca:
40 anggota keluarga kurang bernasib baik diundang ke majlis buka puasa McDonald's

(Gambar: McDonald's Singapore)

Diterbitkan : 01 Apr 2023 08:27PM Dikemas Kini : 01 Apr 2023 08:34PM

SINGAPURA: Seramai 40 individu berbilang kaum daripada keluarga kurang bernasib baik diundang ke majlis berbuka puasa oleh McDonald's Singapore di cawangannya di West Coast Park pada Jumaat (31 Mac), menurut kenyataan media restoran makanan segera itu.

Mereka terdiri daripada para penerima bantuan Muslim dari Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM), keluarga bukan Muslim dari Persatuan Pembangunan India Singapura (SINDA) dan Willing Hearts.

Acara berbuka puasa yang turut dihadiri Anggota Parlimen GRC Ang Mo Kio Nadia Samdin itu turut memberi tumpuan kepada usaha menyemarakkan semangat Ramadan dengan menghimpunkan keluarga dari pelbagai latar belakang dan budaya untuk mendalami budaya dan makna di sebalik ibadah puasa semasa bulan Ramadan.

"Peluang untuk keluarga berbilang budaya dan kaum berbuka puasa bersama-sama adalah satu usaha penting, terutama sekali dalam berkongsi hidangan dengan keluarga yang sedang menempuhi masa yang sukar.

"Saya sangat berbesar hati melihat perniagaan seperti McDonald's menganjurkan inisiatif sedemikian semasa bulan Ramadan dan membawa perubahan.

"Saya berharap dapat melihat lebih banyak syarikat mendakapi semangat menyumbang kembali kepada masyarakat dan mewujudkan pengalaman bermakna yang menggalak kepelbagaian dan keterangkuman," kata Cik Nadia.

Sehubungan itu, para tetamu juga diberi peluang mempelajari tentang aspek berbeza budaya Melayu/Islam semasa bulan Ramadan, dan melakukan aktiviti menganyam ketupat bertemakan McDonald's.

(Gambar: McDonald's Singapore)

Pengarah Urusan McDonald's Singapore, Encik Benjamin Boh berkata: "Dalam masyarakat berbilang kaum kita, penting untuk kita berkumpul demi menjalin ikatan silang budaya atas semangat inklusif.

"Ia satu penghormatan bagi kami untuk menganjurkan acara bermakna ini sebagai wadah untuk memahami dan menghargai budaya satu sama lain - Ramadan peluang baik untuk berbuat demikian.

"Dengan kerjasama pasukan pihak pengurusan, saya berbesar hati untuk mengalu-alukan tetamu kami dan penerima bantuan dari pelbagai kumpulan etnik untuk berbuka puasa bersama-sama sambil kita mendalami pentingnya bulan Ramadan."

INISIATIF 'TEMPAT DUDUK TERBUKA'

Sebagai sebahagian daripada komitmen McDonald's untuk mendakapi sifat inklusif, jenama itu juga melancarkan "Tempat Duduk Terbuka" atau "Open Seat" - inisiatif yang mempelawa pelanggan untuk berkongsi meja mereka di restoran-restoran McDonald's dengan mempamerkan tanda "Open Seat" yang disediakan syarikat itu.

(Gambar: McDonald's Singapore)
Usaha tersebut membolehkan pelanggan Muslim berbuka puasa tepat pada masanya.

Inisiatif itu juga dijalankan sepanjang bulan Ramadan sehingga 20 April bagi menggalak rakyat Singapura bersikap proaktif dalam mendakapi ciri-ciri berbilang budaya di Singapura.

Sempena bulan Ramadan ini, McDonald's turut melancarkan video singkat yang menyentuh hati bertemakan kasih sayang.

Video sepanjang seminit itu diinspirasikan oleh pengalaman para pengurus besar Muslim di syarikat itu, yang terus berkhidmat kepada pelanggan dengan kasih sayang dan ihsan semasa bulan Ramadan.
Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan