Skip to main content

Singapura

4 warga Indonesia ditangkap kerana masuk SG secara haram

Anggaran Waktu Membaca:
4 warga Indonesia ditangkap kerana masuk SG secara haram

Sebuah bot kaca gentian dan rokok seludup yang dirampas daripada lelaki-lelaki tersebut. (Gambar: Polis Pengawal Pantai, ICA)

Diterbitkan : 19 May 2025 11:04AM Dikemas Kini : 19 May 2025 11:08AM
SINGAPURA: Empat lelaki Indonesia ditangkap pada awal Sabtu (17 Mei) kerana memasuki Singapura secara haram, menurut polis dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Ahad (18 Mei).

Polis Pengawal Pantai mengesan empat lelaki tersebut, berusia antara 28 hingga 50 tahun, ketika mereka memasuki Singapura menerusi laut menggunakan sebuah bot kecil. Mereka mendarat di luar garis pagar Pulau Tekong.

Pegawai-pegawai dari Polis Pengawal Pantai, Kontinjen Gurkha, Markas Operasi Khas (SOC) dan Unit K-9 menangkap empat lelaki tersebut di luar kawasan terlindung pulau itu.

Mereka dikatakan ditemui tanpa sebarang dokumen perjalanan, menurut polis dan ICA.

Sebanyak 2,700 paket rokok yang tidak dibayar cukai dan sebuah bot kaca gentian (fibreglass), yang dilengkapi dengan motor sangkut (outboard motor), dirampas dalam operasi tersebut.

Empat lelaki tersebut akan didakwa di mahkamah pada Isnin atas kesalahan memasuki Singapura secara haram.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga enam bulan dan diberikan tidak kurang daripada tiga sebatan rotan.

Polis Pengawal Pantai dan Kastam Singapura sedang menjalankan siasatan berhubung kes ini.

Komander Polis Pengawal Pantai, Penolong Pesuruhjaya Kanan Polis Ang Eng Seng berkata: "Operasi bersama dengan ICA menunjukkan usaha kerjasama untuk melindungi perairan wilayah Singapura dan sempadan laut Singapura daripada jenayah dan ancaman keselamatan, termasuk tindakan keluar masuk tanpa kebenaran di Singapura.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita